Pages

Thursday, September 24, 2015

Netizen Puji Pengantin Perempuan Selamatkan Nyawa Lelaki


Diterbitkan: Khamis, 24 September 2015 4:04 PM

PETALING JAYA: Seorang bakal pengantin perempuan menerima pujian netizen apabila gambar dia sedang menyelamatkan lelaki warga emas ketika masih mengenakan pakaian pengantin dimuat naik di media sosial.

Guo Yuanyuan, seorang jururawat berusia 25 tahun dari Hospital Dalian Central digelar pengantin perempuan yang paling cantik di China selepas dia meninggalkan set pengambaran foto perkahwinannya untuk membantu seorang lelaki yang mengalami serangan jantung di sebuah pantai di bahagian timur laut China.

Dalam kejadian 21 September lalu, Guo melihat seorang lelaki berusia sekitar 60 mengalami serangan jantung selepas berenang di laut.

Dia kemudian bergegas ke tempat kejadian dan cuba merawat lelaki itu yang tidak bernafas.

Menurut laman web berita China, Women of China, saksi melihat Guo melakukan bantuan pernafasan mulut ke mulut dan tekanan dada selama lebih daripada 20 minit.

"Solekannya telah cair,, kukunya rosak dan pakainya sudah basah berpeluh," kata seorang saksi.

"Sebenarnya bantuan pernafasan mulut ke mulut boleh dilakukan dengan menggunakan sehelai kain telap dan jelas. Namun saya dapati tiada apa-apa boleh digunakan melaiankan baju kahwin saya," kata Guo.

Malangnya, usaha berani Guo sia-sia kerana lelaki yang tidak sedarkan diri itu akhirnya meninggal dunia.

Walau bagaimanapun keberanian Guo memperoleh penghargaan banyak pihak dan orang ramai mengaguminya selepas gambar dia cuba untuk menyelamatkan lelaki itu dalam pakaian perkahwinannya menjadi viral.

"Yuanyuan melarikan diri sebaik sahaja dia mendengar berita daripada orang ramai. Saya berasa amat bangga dengannya. Dia sangat baik dan suka membantu orang lain," kata tunangnya Liu Chuang.

No comments: