DALLAS: Nasib remaja yang mendapat perhatian ramai selepas ditahan kerana mencipta jam digital yang disangka bom semakin berubah apabila bakal melawat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu ini.
Pada lawatan itu, Ahmed Mohamed akan menemui beberapa kenamaan asing yang ingin mengenalinya dan mengetahui mengenai hasil ciptaannya itu.
"Selepas mendapat sokongan Presiden Barack Obama yang secara peribadi mempelawanya melawat Rumah Putih dan pengasas Facebook Mark Zuckerberg, kini Ahmed diundang ke PBB pula," kata Pengarah Eksekutif Majlis Perhubungan Amerika-Islam, Alia Salem.
Pelajar Islam berusia 14 tahun itu meminati bidang robotik dan belajar di sekolah menengah di bandar ini.
Penahanannya dikaitkan dengan agamanya dan ia diperkatakan dengan meluas di media sosial.
Menurut Alia lagi, keluarga Ahmed yang berasal dari Sudan, merancang membawanya menunaikan umrah dalam masa terdekat.
No comments:
Post a Comment