Pages

Thursday, September 24, 2015

Kilang enggan cetak New York Times



AGENSI - Raja Bhumibol Aduyadej.


BANGKOK – Penerbit tempatan New York Times di Thailand enggan men­cetak edisi Asia akhbar ber­kenaan kerana memaparkan artikel mengenai Raja Bhumibol Aduyadej yang sedang sakit.
Akhbar itu menyatakan, syarikat percetakan tersebut mendapati artikel muka hadapan itu terlalu sensitif. Keseluruhan akhbar terbitan kelmarin itu bagaimana­pun boleh dibaca secara dalam talian di Thailand.
“Keputusan ini dibuat sepenuhnya oleh syarikat per­cetakan tersebut dan tidak disokong oleh New York Times,” kata akhbar ber­kenaan dalam satu kenyataan.
Artikel itu menyatakan bahawa Raja Bhumibol kerap keluar masuk hospital sejak beberapa bulan lalu. Monarki tersebut dilapor turut membincangkan tentang beberapa pewaris takhta terutamanya Putera Mahkota Vajiralongkorn.
Raja Bhumibol, 87, kini dirawat di sebuah hospital di Bangkok.
Thailand mempunyai undang-undang dikenali sebagai lese mejeste. Di bawah undang-undang tersebut, sesiapa yang didapati bersalah menghina raja dan kerabat diraja Thailand boleh dikenakan hukuman penjara.
Kes terbaharu melibat dua pesalah masing-masing dihukum penjara 28 dan 30 tahun kerana komen ntimonarki di Facebook. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0924&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3mbOSVOgc 
Hakcipta terpelihara 

No comments: