Pages

Saturday, November 30, 2013

Lelaki fanatik burger


Lelaki fanatik burger“Saya menghias katil dan telefon berbentuk burger dan keju. Motosikal saya juga digelar Hamburger Harley kerana dihiasi dengan kentang bersama sos tomato,” katanya.

Katil dan bilik beliau juga dihias menggunakan konsep burger dan makanan ringan lain.

Lelaki fanatik burger
Sperl bersama Hamberger Harley di rumahnya.
SEORANG penggemar burger dari Amerika Syarikat (AS) sanggup mengubah rumahnya menjadi muzium burger dan beberapa makanan segera lain.

Harry Sperl, 57, mengumpul koleksi Burgerbilia selama 23 tahun sebelum dipamerkan di rumahnya di Daytona Beach, Florida.

Menurutnya, terdapat lebih 1,000 cendera hati dan hiasan dalaman berkonsepkan burger.

“Walaupun dilahirkan di Wettenberg, Jerman, makanan penduduk AS itu amat sebati dengan diri saya,” katanya.

Beliau berkata, bagaimanapun, kini beliau terpaksa mengurangkan pengambilan burger kerana mengalami masalah kolesterol.

“Masalah kolesterol bukan penghalang untuk saya berhenti menikmati burger. Saya hanya mengurangkan tabiat pengambilan burger iaitu hanya tiga kali sehari,” katanya dipetik dari laporan  DailyMail

‘Bandar terapung’ bakal dibina


Kapal persiaran Freedom Ship yang dilengkapi pusat beli-belah, galeri kesenian, taman akuarium dan lapangan terbang persendirian, bakal mendapat jolokan ‘bandar terapung’. - AGENSI
FLORIDA 29 Nov. - Kebiasaannya, kapal persiaran mewah hanya belayar ke sesetengah destinasi yang ditetapkan untuk membawa pelancong.
Namun, keadaan itu mungkin sedikit berlainan apabila para pelancong kini bakal belayar ke seluruh dunia dengan hanya menaiki satu kapal persiaran sahaja.
Freedom Ship atau Kapal Kebebasan bakal merealisasikan impian para pelancong yang menginginkan percutian serba lengkap dan mewah.
Selain menjadi satu-satunya kapal persiaran yang akan belayar ke serata dunia, Kapal Kebebasan juga mendapat jolokan ‘bandar terapung’ pertama di dunia.
Hal ini kerana, kapal tersebut akan menempatkan pusat beli-belah, tempat meletak kereta, kasino, galeri kesenian, taman akuarium dan lapangan terbang persendirian.
Pengarah dan juga Naib Presiden syarikat perkapalan Freedom Ship International, Roger M Gooch berkata, kapal itu menjadi kapal persiaran terbesar yang akan dibina.
“Syarikat kami menganggarkan dana sebanyak AS$6 bilion (RM19.2 bilion) diperlukan untuk membina kapal tersebut.
“Sejak enam bulan lalu, syarikat semakin yakin dengan projek tersebut dan kami berharap dana sebanyak AS$1 bilion (RM3.2 bilion) dapat diperolehi bagi memulakan kerja-kerja pembinaan," katanya.
Gooch juga menyatakan bahawa Kapal Kebebasan itu akan menghabiskan kira-kira 70 peratus masanya belayar ke bandar-bandar utama di seluruh dunia dan selebihnya belayar di antara negara termasuk Afrika, Australia, Eropah, Asia Barat, Amerika Utara dan Amerika Selatan.
Kapal yang boleh memuatkan kira-kira 50,000 penumpang dalam satu-satu masa itu akan dibina setinggi 25 tingkat dan dijana dengan tenaga solar serta kuasa ombak. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131130/lu_13/Bandar-terapung-bakal-dibina#ixzz2m6Zwap00
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Janda 13 tahun dinasihat lapor polis

Janda 13 tahun dinasihat lapor polisSukaGuam tawar khidmat selesai kes babitkan pasangan ini.

SHAH ALAM –  Janda berusia 13 tahun, yang dicerai talak tiga 11 November lalu dinasihat membuat laporan polis berhubung dakwaan dirinya dianiaya dalam perkahwinan.

Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, berdasarkan laporan media termasuk dakwaan remaja itu dirogol empat bulan sebelum perkahwinannya tahun lalu, ada kemungkinan berlaku penganiayaan dan dia berhak mendapat pembelaan.

“Kami melihat kes ini sebagai satu diskriminasi hak kemanusiaan di mana daripada cerita dilaporkan media, ada pihak mengambil kesempatan atas sikap tolak ansur pihak perempuan yang pada awalnya sanggup menggugurkan laporan dakwaan rogol sebelum dia dikahwinkan bertujuan untuk menutup aib.

“Namun setelah hampir setahun berkahwin, remaja perempuan itu dikatakan tidak mendapat layanan sewajarnya,” katanya.

Menurutnya, jika laporan itu benar, pembelaan seharusnya diberikan.

“Kalau benar perkara ini berlaku, kami anggap ia sebagai tragedi kepada remaja perempuan tersebut dan dia perlu diberi pembelaan apatah lagi melibatkan kes rogol secara berkumpulan,“ katanya.

Dalam pada itu, SukaGuam turut menawarkan khidmat sebagai orang tengah bagi menyelesaikan kes ini.

“Walaupun ia dianggap sebagai satu perkara serius, namun tidak wajar perkara ini diperbalahkan secara terbuka kerana ia mengaibkan tambahan pula ia melibatkan keluarga Islam,” katanya.

Kurang seminggu sebelum sempat menyambut ulang tahun pertama perkahwinan pasangan tersebut disahkan bercerai talak tiga pada 11 November lalu di Mahkamah Syariah Kulim.

Akhbar The Star dalam laporan eksklusifnya semalam menyiarkan kenyataan bapa remaja perempuan tersebut mendakwa anaknya itu telah membuat laporan polis pada 15 Julai 2012 mengadu dia telah dirogol oleh tiga lelaki.

Selamat datang ke Pulau Kucing

Selamat datang ke Pulau KucingKucing-kucing ini dipercayai boleh meramal cuaca melalui perlakuan seharian.

PULAU Tashirojima di Jepun amat dikenali sebagai Pulau Kucing oleh pencinta haiwan.

Ini kerana populasi masyarakatnya hanya sekitar 100 orang yang rata-ratanya bekerja sebagai nelayan, lebih rendah dari jumlah kucing yang terdapat di situ.

Seorang pelancong berkata, puluhan kucing boleh dijumpai merata tempat sekitar bandar  dan kawasan perumahan.

Menurutnya, mengikut cerita penduduk tempatan, kehadiran awal kucing di kawasan itu adalah untuk memburu tikus di ladang-ladang sutera. Namun, selepas industri tersebut gulung tikar, ramai penduduk mula meninggalkan pulau berkenaan.

“Kucing-kucing liar itutetap dipelihara penduduk tempatan. Pertambahan haiwan itu kini menjadikan pulau tersebut sebagai tarikan pelancong kalangan pencinta haiwan,” katanya mdipetik dari laporan MailOnline.

Kebanyakan nelayan percaya, kucing-kucing ini 'membantu' untuk ramalan cuaca.

“Jika kucing mula membuat bising atau mencari tempat persembunyian dengan memasuki rumah penduduk, ini  bermakna cuaca kurang baik dan nelayan tidak akan turun ke laut,” kata seorang penduduk.

Remaja hampir botak akibat tabiat cabut rambut


Rebecca Brown kini hampir botak berikutan tabiat gemar mencabut rambut ketika tertekan. - Agensi
LONDON 29 Nov. - Seorang remaja perempuan yang menghidap penyakit trichotillomania iaitu tabiat suka mencabut rambut, bulu kening atau bulu mata setiap kali mengalami tekanan, menjadi wira kepada beratus-ratus ribu pengidap penyakit tersebut, selepas mereka melihat rakaman videonya di Internet.
Rebecca Brown, 20, gemar mencabut rambutnya setiap kali dia mengalami tekanan sejak berusia 12 tahun lagi.
Tabiat berkenaan berterusan sehingga kepala Brown hampir-hampir botak ketika dia berusia 16 tahun dan dia juga sering menjadi bahan ejekan rakan-rakan di sekolah.
Rasa tertekan dan kesunyian dengan keadaan itu, dia mula mengambil gambar dirinya setiap hari dan memuat naik satu video di YouTube serta blog.
Tanpa disangka, video berkenaan mendapat sokongan serta komen-komen positif daripada pengunjung Internet dan sudah ditonton lebih daripada 12 juta kali.
Hasilnya kini, Brown sudah menemui semula keyakinan diri dan menjadi idola kepada beratus-ratus ribu pengidap penyakit sama dalam usaha menyembuhkan penyakit mereka.
"Saya menerima komen daripada mereka yang mengalami masalah trichotillomania, namun tidak memberitahu masalah itu kepada ibu bapa atau rakan-rakan mereka. Saya berasa gembira kerana mereka mempercayai saya.
"Sesetengah orang berkata penyakit ini disebabkan oleh trauma yang dialami ketika masih kecil, tapi bagi saya mencabut rambut merupakan satu perkara yang menenangkan. Saya lakukannya ketika saya tertekan atau sedih,'' kata Brown.
Selain itu, Brown juga percaya memuat naik video di Internet telah membantu kepada pemulihan dirinya, kerana sukar baginya untuk meluahkan perasaan kepada umum. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131130/lu_15/Remaja-hampir-botak-akibat-tabiat-cabut-rambut#ixzz2m6E2byMN
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lelaki miliki jantung di luar abdomen


Ho Zhiliang berharap dapat menjalani pembedahan segera supaya dia boleh hidup seperti insan lain. - AGENSI
BEIJING 29 Nov. - Seorang tukang gunting rambut di China yang dilahirkan dengan sindrom jantung di luar tulang rusuk, menyatakan harapan untuk menjalani pembedahan dan hidup seperti insan normal lain seusianya.
Ho Zhiliang, 24, dari wilayah Hubei, mengalami sindrom jantung terdedah, kecacatan yang kebiasaannya membunuh lebih 90 peratus pesakit sebaik-baik dilahirkan.
Ketika dia dilahirkan, ibu bapanya diberi amaran bahawa dia mungkin tidak akan hidup lama disebabkan kecacatan yang dialaminya itu.
Pesakit yang menghidap sindrom berkenaan selalunya akan mengalami sesak nafas apabila berjalan atau muka berubah menjadi biru.
Namun, ibu bapanya mengenepikan segala kemungkinan apabila berjaya membesarkan Zhiliang.
Baru-baru ini, harapan Zhiliang untuk pulih kembali bersinar apabila dia terbaca tentang seorang pesakit yang menghidap sindrom sama sepertinya, Huang Rongming.
Rongming dari wilayah Henan dapat hidup seperti biasa selepas menjalani pembedahan untuk memindahkan jantung ke tempat asal.
Zhiliang yang mendapat semangat baharu daripada kisah lelaki itu kemudiannya berhenti bekerja dan berpindah ke wilayah Wuhan dengan harapan dapat menjalani pembedahan yang sama.
“Saya tidak sangka rupa-rupanya saya berpeluang menjalani kehidupan normal seperti orang lain," katanya.
Dalam pada itu, Rongming berkata, dia juga telah hidup dengan keadaan jantung di bahagian abdomen selama 24 tahun, sama seperti Zhiliang, dan doktor memberi amaran tentang keadaannya yang semakin teruk serta memerlukan pembedahan segera.
Katanya, dia tidak mampu membiaya kos pembedahan berkenaan, namun kisahnya dalam media telah membantu dia menjalani pembedahan terbabit.
“Saya menjalani pembedahan selama 10 jam dan kini jantung saya berada di tempat yang sepatutnya.
“Saya berterima kasih kepada semua pihak yang membantu saya untuk menjadi manusia normal," katanya. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131130/lu_14/Lelaki-miliki-jantung-di-luar-abdomen#ixzz2m6DKdNZl
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tujuh maut gempa bumi dekat loji nuklear Iran

SEBUAH kereta ditimbus runtuhan akibat gempa bumi yang berlaku di Borazjan, Iran kelmarin.


TEHERAN - Satu gempa bumi berukuran 5.7 pada skala Richter dekat sebuah loji tenaga nuklear Iran telah menyebabkan tujuh orang terkorban dan 30 lagi cedera kelmarin, kata ketua agensi perkhidmatan kecemasan, Hassan Qadami kepada pemberita.
Gempa bumi itu berpusat dekat Borazjan yang terletak 60 kilometer dari Bushehr yang menempatkan sebuah loji tenaga nuklear yang dibina Rusia.
Iran terletak dalam kawasan garisan gempa bumi.
Pada tahun 2003, gempa bumi kuat telah menyebabkan 26,000 orang terkorban di bandar Bam, selatan Iran. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1130&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2m5FLOuDe 
Hakcipta terpelihara 

Warga Mexico berlatih guna tangan milik orang lain

GRANADOS memeluk sebiji bola semasa dia berlatih menggunakan tangan baharunya di Institut Sains Perubatan dan Nutrisi Kebangsaan, bandar raya Mexico pada Selasa lalu.


BANDAR RAYA MEXICO - Seorang warga Mexico, Gabriel Granados kini menggunakan dua tangan yang didermakan oleh orang lain untuk melakukan aktiviti harian.
Granados, 53, merupakan penduduk Latin Amerika yang pertama menerima dua tangan yang didermakan oleh seorang individu berumur 34 tahun yang mati akibat terkena tembakan.
Dia menerima dua tangan baharu itu selepas menjalani pembedahan selama 17 jam di Institut Sains Perubatan dan Nutrisi Kebangsaan di sini pada Mei 2012.
Sekumpulan doktor termasuk lima doktor bedah, tiga pakar anestesiologi, lima jururawat telah menyambung tangan baharu Granados bermula dari bawah paras sikunya.
Agensi berita Associated Press pernah melaporkan bahawa doktor-doktor yang terlibat dalam pembedahan itu melakukan ujian ke atas mayat terlebih dulu sebelum mereka menyambung tangan Granados.
Kedua-dua tangannya itu melecur teruk pada Januari 2011 selepas dia terkena kejutan elektrik ketika memberikan arahan kepada sekumpulan pekerja pembinaan.
"Ia merupakan sesuatu yang mengagumkan kerana saya dapat melihat tangan baharu selepas tiada buat seketika," kata Granados.
Dia merupakan seorang kakitangan di Unit Kewangan, Pejabat Pendakwa Raya Mexico.
Bapa kepada dua orang anak itu menjalani sesi fisioterapi dengan beberapa orang doktor di institut tersebut pada Selasa lalu.
Dia berlatih menggunakan tangan baharunya ketika menjalani sesi fisioterapi itu.
Dalam sesi itu, dia memegang beberapa objek dengan menggunakan kedua-dua tangannya itu. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1130&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2m5FEnprz 
Hakcipta terpelihara 

Kereta Volkswagen diperbuat daripada kayu oak

SEORANG model berdiri di tepi kereta Volkswagen yang diperbuat daripada kayu oak pada Pameran Motor di Essen, Jerman semalam.


ESSEN - Sebuah kereta Volkswagen yang diperbuat daripada kayu dipamerkan pada Pameran Motor di Essen, Jerman semalam.
Kereta itu diperbuat daripada kayu oak dan dibenarkan dipandu di jalan raya.
Kereta tersebut adalah milik Momir Bojic dari Bosnia Herzegovina.
Pameran itu berlangsung sehingga 8 Disember depan. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1130&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2m5E75Zrd 
Hakcipta terpelihara 

Friday, November 29, 2013

Kisah Benar Suami Isteri Rupanya Adik Beradik

Dek kerana kesilapan 20 tahun lalu, sepasang suami isteri yang bahagia melayari rumah tangga terpaksa menerima berita yang menghancurkan hati masing-masing iaitu  mereka rupa-rupanya adik beradik.


Kisah bagai dalam drama ini berlaku di wilayah Jiangxi, China.Wei dan Qing, yang menetap di pekan sama tinggal berdekatan dan saling mengenali. Wei berusia empat tahun lebih muda daripada Qing.Punca mereka mula berkenalan seterusnya mengikat cinta juga bagai dalam drama cinta. Segala-galanya bermula apabila kawan-kawan sering mengejek mereka berdua kerana mempunyai wajah seiras.

Daripada situ Qing sering mengambil berat tentang Wei hingga mereka sama-sama jatuh cinta.Hubungan yang terjalin sejak alam remaja itu berjalan dengan baik hingga mereka memutuskan untuk berkahwin tahun lalu.Sesudah berkahwin pun, kawan-kawan dan orang sekeliling masih tidak dapat berhenti daripada menegur wajah mereka sangat seiras.

Perkara itu tidak dipedulikan dan mereka hidup bahagia sebagai suami isteri.
Hinggalah baru-baru ini, Qing dan Wei akhirnya memutuskan mereka sudah bersedia untuk menimang cahayamata.Saat berita gembira ini dikongsikan dengan keluarga, bapa Qing, Bao mula menunjukkan rasa tidak selesa dan bersikap pelik.

Akhirnya dia membuka rahsia yang selama ini menekan jiwa iaitu Wei kemungkinan besar adalah anak kandungnya juga.Hal ini kerana dia pernah menjalinkan hubungan sulit dengan mendiang ibu Wei, 20 tahun dulu.

Hubungan itu hanya terhenti selepas dia berkahwin dengan ibu Qing.
Berita ini mengejutkan Wei dan Qing lalu mereka mengambil keputusan untuk melakukan ujian DNA dengan harapan ia tidak memberitahu mereka sesuatu yang sukar diterima akal.

Tapi seperti dijangka, keputusan mengesahkan mereka adalah adik beradik.
Dr Huang Jian dari Pusat Forensik Furong mengesahkan keputusan DNA Wei dan Qing kepada media tempatan, 20 November lalu.Begitu pun, dia menyatakan tidak tahu apakah penyelesaian yang dilakukan pasangan suami isteri muda yang sangat menyayangi satu sama lain itu.Kasihan, inilah sebabnya mengapa zina diharamkan. Ia membawa akibat yang amat buruk bukan saja pada diri sendiri tapi juga keturunan. –mynewshub.my

Tak terima hakikat dibesarkan miskin


Tokyo: Seorang lelaki berusia 60 tahun yang tertukar ketika dilahirkan mengakui mengimpikan sejarah hidupnya dapat diubah selepas berjaya dalam saman terhadap hospital yang mengakibatkannya membesar sebagai orang miskin.

Lelaki itu berkata, dia terkejut apabila mengetahui perkara itu kerana menganggap hidupnya mungkin berbeza jika kejadian berkenaan tidak berlaku.
“Saya sering mempersoalkan bagaimana ini boleh berlaku.




“Memang sukar dipercayai dan sejujurnya saya tidak boleh menerimanya.
“Jika tidak kerana kejadian itu, mungkin kehidupan saya berbeza. Saya mahu hospital itu mengembalikan setiap detik hidup saya sejak dilahirkan,” kata warga emas itu yang identitinya tidak didedahkan .
Sebuah mahkamah daerah Tokyo memerintahkan hospital itu membayar ganti rugi 38 juta yen (RM1.2 juta) bagi kesilapan yang dilakukan pada 1953 itu.

Akibat kejadian itu, lelaki terbabit tertukar dengan seorang bayi lain yang dilahirkan 13 minit selepasnya.

Mahkamah memerintahkan 32 juta yen (RM1 juta) perlu dibayar kepada mangsa manakala bakinya kepada tiga beradik kandungnya.


Mereka sebelum ini menuntut ganti rugi 250 juta yen (RM7.9 juta).

Lelaki itu yang bujang dan bekerja sebagai pemandu lori, sebenarnya anak sulung daripada empat beradik daripada keluarga senang.

Sebaliknya, dia dibesarkan serba kekurangan oleh ibu tunggal yang mempunyai beberapa anak lain. - AFP

Sanggup potong kaki


New York: Seorang wanita muda yang dilahirkan dengan kecacatan kaki membuat keputusan drastik untuk memotong kakinya agar dia dapat memakai kasut tumit tinggi untuk kali pertama.

Dilahirkan dengan kaki kirinya bengkok, Mariah Serrano, 21, dimaklumkan doktor yang keadaannya tidak membolehkan dia memakai kasut tumit tinggi atau mencapai impiannya untuk bekerja dalam industri fesyen.


Mariah dari New York memutuskan untuk memotong separuh kakinya dan digantikan dengan kaki palsu.

Kini Mariah boleh memakai semua jenis kasut termasuk kasut tumit tinggi dan sandal.

Foto
KAKI palsu dipakai Mariah (kanan) memberikannya keyakinan untuk mencapai kejayaan dalam hidup.

Foto
MARIAH terpaksa memakai kasut sukan ketika menghadiri malam prom.

“Sukar untuk membiasakan diri dengan kasut tumit tinggi tetapi gadis tanpa kaki dan yang mempunyai masalah kaki pun perlu belajar memakai kasut tumit tinggi buat kali pertama. Saya tidak pernah rasa sangat glamor atau sungguh berkeyakinan.


“Apabila diberitahu yang saya tidak boleh memakai kasut tumit tinggi dan perlu melupakan impian saya, saya sangat sedih.

“Pakar berkata, terdapat pilihan lain iaitu memotong kaki saya. Ibu sangat takut tetapi saya tidak boleh melupakan pendapat pakar itu. Saya perlu memikirkannya secara mendalam,” katanya.

Dalam kebanyakan kes, kaki yang bengkok itu dipulihkan ketika zaman kanak-kanak dengan memakai pendakap atau menjalani pembedahan. Namun, ketika Mariah berusia 16 tahun, keadaan kakinya tidak berubah walaupun sudah menjalani lima pembedahan.

“Saya jemu memakai pendakap kaki. Disebabkan sebelah kaki lebih kecil, memakai kasut benar-benar satu masalah.

“Saya terpaksa memakai kasut sukan ketika malam prom sekolah tinggi semasa berusia 17 tahun. Saya rasa cemburu dengan kawan-kawan yang memakai kasut tumit tinggi,” katanya.

Pada April 2009, dia bertemu pakar yang memberitahunya mengenai pilihan memotong kaki.

“Buat kali pertama, saya mula memikirkan yang saya boleh melaluinya tetapi saya masih takut.

“Sehinggalah saya membaca artikel mengenai pereka kegemaran saya, Alexander McQueen yang mereka sepasang kaki palsu untuk atlit Aimee Mullins, saya tahu apa yang perlu dilakukan,” katanya. - Agensi

Tandas paling ekstrem di dunia


London: Tandas dengan pemandangan indah ini dipilih sebagai tandas paling ekstrem di dunia.
Tandas ini digunakan pekerja di stesen cuaca terpencil di Kara-Tyurek, Pergunungan Altai dan terletak di cenuram setinggi 2,600 di atas paras laut.
Pekerja yang bekerja di stesen itu dikunjungi sebulan sekali oleh posmen yang mengumpul data cuaca dan helikopter yang menghantar makanan, air dan kayu untuk dijadikan bahan bakar pada setiap musim luruh.

Namun, mereka pasti memerlukan keberanian untuk menggunakan tandas menakutkan itu dan pastinya tidak kerap ke tandas ketika ditugaskan bekerja di stesen itu.
Foto
TANDAS paling ekstrem di Pergunungan Altai terletak di tebing setinggi 2,600 meter dari paras laut.

Tandas berbahaya itu sudah digunakan sejak 1939, di daerah yang bernama “Black Heart” dalam bahasa Altaya Selatan.

Satu kaji selidik terbaru mengenai tandas luar biasa di seluruh dunia mendapati tandas di Altai itu menduduki tempat pertama sebagai tandas paling ekstrem.

Tandas lain yang berkualiti turut dinamakan dalam kategori berbeza dalam kaji selidik itu. - Agensi

Thursday, November 28, 2013

Buku paling mahal di dunia


Gambar fail bertarikh 12 April lalu, menunjukkan buku The Bay Psalm Book yang berjaya dilelong pada harga RM45.44 juta di New York, semalam. - AFP
NEW YORK 27 Nov. - Buku pertama dicetak di Amerika Syarikat (AS) pada 1640, berjaya dilelong pada harga AS$14.2 juta (RM45.44 juta), sekali gus menjadikannya buku termahal di dunia.
Buku terjemahan kitab Injil The Bay Psalm Book itu dihasilkan oleh penduduk Puritan di Cambridge, Massachusetts yang datang ke AS untuk mencari kebebasan beragama.
Naskhah berkenaan dilelong di sini oleh sebuah syarikat jualan lelong multinasional, Sotheby's, dan ia sebelum ini dianggarkan mencatat nilai bidaan antara (RM48.43 juta) dan AS$30 juta (RM 96.86 juta).
Sebelum ini rekod buku termahal dipegang oleh buku karya John James Audubon bertajuk Birds of America yang dijual pada harga AS$11.5 juta (RM37.13 juta) pada 2010.
Pengarah Sotheby's, David Redden berkata, nilai sejarah yang terdapat pada buku tersebut memberi makna yang lebih besar daripada menjadi buku pertama dicetak atau ditulis di AS.
"The Bay Psalm Book merupakan naskhah mitos yang jarang ditemui dan sudah tiada di pasaran lebih daripada dua generasi. Ia merupakan satu khazanah yang begitu bernilai.
"Buku kecil yang diterbitkan pada 1640 itu digunakan di kawasan Lexington dan Concord, khususnya oleh ahli politik bebas AS. Buku ini juga telah membawa kepada New England mengisytiharkan kemerdekaannya daripada Church of England,'' jelas Redden.
Sementara itu, Pegawai Jabatan Projek Khas Sotheby's, Selby Kiffer menyifatkan buku tersebut sebagai satu ikon dan juga artifak sejarah AS.
Terdapat 1,700 salinan buku tersebut dan hanya 11 naskhah yang masih terselamat dan kini menjadi sebahagian daripada koleksi di Perpustakaan Kongres di New York dan Perpustakaan Kolej Harvard. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131128/lu_08/Buku-paling-mahal-di-dunia#ixzz2lvFFtlfP
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pejabat Presiden Rusia minta peti besi gergasi dipindahkan

REUTERS
SEORANG lelaki berjalan dekat peti besi gergasi itu.
KIRI: Beberapa orang pelancong asing dan orang ramai menyaksikan sebuah peti gergasi di Dataran Merah, Moscow semalam.


MOSCOW - Pejabat Presiden Rusia mengarahkan sebuah peti besi gergasi yang mempromosikan fesyen Louis Vuitton dipindahkan dari Dataran Merah di sini, lapor media tempatan semalam.
Jurucakap pejabat itu, Viktor Khrekov berkata, peti gergasi setinggi sembilan meter dan sepanjang 30 meter itu tidak mendapat kelulusan untuk ditempatkan di kawasan tersebut.
Peti gergasi itu diletakkan oleh pihak pengurusan pasar raya GUM. Pihak GUM menyatakan, ia telah meminta syarikat fesyen tersebut memindahkan peti tersebut.
Menurut GUM, peti itu pada mulanya ditempatkan di dataran tersebut bagi meraikan ulang tahun ke-120 pasar raya berkenaan.
Seorang bekas wakil rakyat, Gennady Gudkov berkata, peti tersebut sepatutnya tidak boleh diletakkan di dataran itu tanpa mendapat persetujuan daripada pejabat presiden dan Perkhidmatan Keselamatan. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1128&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2luFjfC17 
Hakcipta terpelihara 

Wednesday, November 27, 2013

Usia kahwin tak cecah setahun, kini cerai talak 3

Usia kahwin tak cecah setahun, kini cerai talak 3SHAH ALAM - Kurang seminggu sebelum sempat menyambut ulangtahun pertama perkahwinan, pasangan muda Nor Fazira Saad, 13 dan Mohd Fahmi Alias, 20, disahkan bercerai dengan talak tiga pada 11 November lalu di Mahkamah Syariah Kulim.

Nor Fazira berusia 12 tahun ketika dinikahkan dengan pasangannya, Mohd Fahmi yang ketika itu berusia 20 tahun.

Memetik laporan Harian Metro, bapa Nor Fazira, Saad Mustafa, 43, berkata, beliau menerima kenyataan berkenaan walaupun pahit dan menganggap bukan jodoh anaknya untuk kekal di alam perkahwinan.

Saad turut memberitahu bahawa dia tidak mengetahui punca sebenar keretakan rumah tangga anaknya itu kerana Nor Fazira tidak banyak bercakap mengenai nasib yang menimpa dirinya.

Buat masa ini, Nor Fazira tinggal bersama bapa saudaranya di Padang Serai untuk menenangkan fikiran.

Harian Metro turut melaporkan kegagalan untuk menghubungi keluarga Mohd Fahmi untuk mendapatkan maklum balas.

Nor Fazira mendirikan rumah tangga dengan pasangannya pada usia 12 tahun selepas mendapat perintah mahkamah mengikut Seksyen 18 (1) (a) Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Kedah 2008.

Majlis pernikahan pasangan itu dilangsungkan di Masjid Kampung Padang Cina dengan mas kahwin RM1,500 serta wang hantaran RM4,552 pada 17 November 2012 selepas mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November 2012.

Berdasarkan statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), terdapat kira-kira 1,165 permohonan untuk berkahwin pada 2012 dan Mahkamah Syariah telah meluluskan 1,022 daripada permohonan terbabit.

Ia merupakan peningkatan berbanding rekod 2011, iaitu kira-kira 900 perkahwinan.

Sehingga Mei tahun ini, JKSM menerima 600 permohonan perkahwinan, di mana 446 telah diluluskan.

Di Malaysia, undang-undang umur minimum perkahwinan adalah 18 tahun, tetapi 16 tahun untuk anak gadis Muslim dan mereka yang berusia di bawah 16 tahun boleh berkahwin dengan keizinan Mahkamah Syariah.

2 pelajar Universiti New York cipta robot boleh terbang


Robot terbang yang dicipta dua pelajar Universiti New York, Leif Ristroph dan Stephen Childress diperkenalkan kepada umum Ahad lalu. - AGENSI
PITTSBURGH, Amerika Syarikat (AS) 26 Nov. - Sebuah robot baharu yang boleh terbang dan meniru pergerakan seperti obor-obor diperkenalkan kepada umum dalam satu mesyuarat di sini pada Ahad lalu.
Menurut laman web berita teknologi, Science Codex, pencipta robot tersebut, Leif Ristroph dan Stephen Childress memperkenalkan ciptaan unik mereka pada mesyuarat anjuran Bahagian Bendalir Kimia Persatuan Fizikal Amerika Syarikat.
Ristroph dan Childress, kedua-duanya pelajar Courant Institute di Universiti New York memperkenalkan robot tersebut menerusi ciptaan mereka yang berjudul ‘Robot terbang dan pergerakan seperti obor-obor’.
“Cabaran utama mencipta robot ini termasuklah bagaimana untuk meniru dan menghasilkan pergerakan sayap yang stabil.
“Kami menggunakan lalat sebagai contoh untuk menghasilkan sayap yang stabil dan boleh terbang," kata Ristroph.
Robot kecil itu mempunyai berat hampir dua gram dan panjang 10 sentimeter.
Robot terbang yang masih belum diberi nama itu berfungsi dengan cara mengepak-ngepakkan sayapnya bagi menghasilkan momentum sebelum terbang.
Pergerakan itu dilihat sama seperti pergerakan obor-obor di dalam air.
Sayap robot itu disambungkan dengan motor kecil yang bertindak sebagai enjin penggerak. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131127/lu_09/2-pelajar-Universiti-New-York-cipta-robot-boleh-terbang#ixzz2lov91Cg1
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kolam hilang ditelan bumi

Foto
LUBANG besar yang dulu sebuah kolam di Sanica, Bosnia.
Sarajevo: Penduduk perkampungan Sanica di utara Bosnia gempar apabila kolam yang menjadi tempat kanak-kanak setempat memancing tiba-tiba hilang ‘ditelan’ sebuah lubang.
Penduduk, Rezak Motanic mengibaratkan kejadian itu seperti filem fiksyen sains berikutan lubang itu seolah-olah menelan air kolam, ikan malah juga pokok berhampiran. 
“Saya sedang duduk di tepi kolam itu sebelum tiba-tiba keadaan kelam-kabut,” katanya.

Penduduk lain, Cemal Hasan berkata, dia melihat ikan melompat keluar dari kolam itu.


“Malah sebuah pokok plum besar tumbang seolah-olah ditarik seseorang,” katanya.
Penduduk kampung nyata terkejut sejak kolam seluas 20 meter dan sedalam lapan meter itu lenyap, dua minggu lalu.

Apa yang tinggal kini sebuah lubang seluas 50 meter dan sedalam 30 meter.

Dari semasa ke semasa keluasan kolam itu dilaporkan semakin membesar.

Menurut saintis, kejadian seperti itu lazim berlaku mungkin disebabkan arus air bawah tanah yang semakin kering atau perubahan dalam saliran tanah.

Bagaimanapun, penduduk Sanica mempunyai teori tersendiri, termasuk gua besar atau gunung berapi di bawah tanah, malah ada mendakwa pemilik kolam itu ‘membawanya’ bersama selepas meninggal dunia, bulan lalu.

Tidak ketinggalan juga penduduk yang menganggapnya tanda kiamat. - AP

Harimau teruja melampau

Foto
STYLES bersama seekor daripada harimau yang dilatihnya selama sembilan tahun.
Sydney: Seorang pelatih haiwan semalam dikejarkan ke hospital selepas diserang harimau jagaannya di Zoo Australia, Queensland.
Jurucakap zoo berkata, David Styles, 30, cedera parah tetapi stabil selepas lehernya tembus dibaham harimau yang dikendalikannya sejak kecil.
“Pada awalnya keadaan tidak berbahaya tetapi harimau itu dipercayai terlalu teruja ketika bermain dengan Styles dan haiwan berkenaan membaham mangsa,” katanya.

Kejadian itu berlaku ketika kira-kira 50 orang pengunjung melihat aksi Styles bersama harimau jagaannya.


Zoo berkenaan memang popular kerana ia diasaskan pakar hidupan liar dan personaliti televisyen, mendiang Steve Irwin.

Jurucakap zoo berkata, Styles masih mendapatkan rawatan di hospital.
Pengarah zoo itu, Wes Mennon berkata, pekerja lain menyaksikan insiden berkenaan dan menarik Styles yang bertugas di situ sejak sembilan tahun lalu.

“Ketika insiden itu, pasukan kecemasan kami dikejarkan ke tempat kejadian segera. Mereka bertindak profesional dan tenang. Saya sanjung mereka,” katanya.

Pihak berkuasa berkata, mangsa mengalami luka parah dan dalam keadaan sedar ketika diterbangkan ke hospital di Brisbane.

Pegawai perubatan Andrew Haggerty berkata, kecederaannya mungkin lebih buruk.
“Leher ialah kawasan yang rumit dan mengandungi struktur penting termasuk pembuluh darah dan saluran udara.

“Sebarang pendarahan di kawasan itu boleh menyebabkan komplikasi,” katanya.

Laporan mengatakan Styles digigit selepas pertunjukan dan harimau berkenaan menyerang di bahu dan leher sebelum cuba melemaskannya di kolam dalam sangkar.

Zoo Australia yang menyimpan tiga harimau Bengal dan lapan harimau Sumatera.- Agensi

Seorang kanak-kanak yang takutkan Neraka


Ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai. Ketika dia berjalan-jalan dia melihat seorang kanak-kanak sedang mengambil wudhuk sambil menangis.

Orang tua itu yang melihat seorang kanak-kanak itu menangis menegurnya , " Wahai anak kecil kenapa kamu menangis ? "

Maka berkatalah kanak-kanak itu ,

" Wahai datuk saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga kepada ayat yang berbunyi , ' Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum ' ertinya , ' Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu '. Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka. "

Berkata orang tua itu, " Wahai anakku , janganlah kamu takut , sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalm api neraka . "


Berkata kanak-kanak tersebut, " Wahai datuk, datuk adalah orang yang berakal, tidakkah datuk lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa . "

Berkatalah orang tua itu , sambil menangis , " Sesungguh kanak-kanak ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti ?

*Diterjemahkan dari sumber islampos.com

Ezio jadi pemburu kulat mahal selama 50 tahun


EZIO mencium kulat itu.- AFP


TURIN, Itali - Seorang penduduk yang hanya dikenali sebagai Ezio Costa menjadi pemburu kulat trufel yang dianggap paling enak di dunia selama 50 tahun.
Dia mencari kulat yang tumbuh di dalam tanah dengan bantuan anjing peliharaannya di kebun milik keluarganya di hutan Moncierom, Itali.
Costa turut mengenakan bayaran kepada pemburu-pemburu kulat tersebut jika mereka mahu mencarinya di tanah milik keluarganya itu.
Kulat boleh dimakan dan berbentuk bulat manakala kulitnya menggerutu dan berwarna gelap.
Isi kulit tersebut berwarna perang atau hitam.
Trufel yang lebarnya satu sentimeter hingga sembilan sentimeter dijadikan salad atau sup.
Costa dan anjingnya akan mencari kulat itu pada waktu pagi.
Harga trufel hitam boleh mencecah sehingga AS$1,000 (RM3,220) untuk satu kilogram manakala trufel putih pula berharga sehingga AS$3,000 (RM9,661) sekilogram.
Harga yang tinggi itu adalah disebabkan ia sukar untuk diperoleh. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1127&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2lnsU7dAR 
Hakcipta terpelihara 

Tuesday, November 26, 2013

Tulis puisi cerita derita dikurung 30 tahun


London: Wanita berusia 30 tahun yang dikurung sebagai ‘hamba’ selama tiga dekad pernah menulis ratusan surat dan puisi yang mengimpikan kebebasannya.

Hanya dikenali sebagai Rosie, dia menjelaskan bagaimana menghadapi penderitaan diungkapkan ketika dikurung satu pasangan yang mengambilnya sebagai anak angkat ketika masih bayi.



Kata Rosie, ibu bapa kandungnya meninggal dunia akibat kebakaran.

“Saya umpama seekor lalat yang terperangkap di sarang labah-labah,” katanya.

Foto
ROSIE diambil sebagai anak angkat sejak kecil selepas kematian ibu bapa kandungnya.

Foto
SURAT tulisan tangan Rosie yang meluahkan kesengsaraannya dikurung selama 30 tahun.

Rosie dikurung bagaikan banduan hampir sepanjang hayat bersama wanita rakyat Ireland yang berusia 57 tahun dan wanita warga Malaysia berusia 69 tahun.


Mereka dibebaskan dari sebuah flat di Brixton, selatan London bulan lalu.

Pasangan suspek berusia 67 tahun dari India dan Tanzania didakwa pemimpin kumpulan radikal Marxist berpangkalan di Brixton.

Polis malam semalam cuba mengesan 13 alamat di sekitar London yang disyaki menjadi kediaman pasangan suspek sebelum ini.

Pendedahan itu dibuat ketika beberapa surat yang meluahkan kesedihan kerana dikurung sebagai banduan dan gambar mangsa termuda itu ditemui.

Mangsa yang dahagakan kasih sayang menghantar 220 surat dan puisi kepada seorang jirannya, Marius Feneck dan memberitahu lelaki itu bagaimana dia dikurung oleh “penjahat yang bersikap perkauman.”

“Saya mahu kamu tahu kebenarannya. Lelaki ini memang jahat dan membersifat perkauman.

“Saya merayu kepada mereka agar jangan pisahkan kita, tetapi mereka kata, mereka akan menyakiti kamu jika saya tidak berjanji untuk menjauhi kamu. Kemudian mereka mengurung saya di sini, mengunci semua pintu dan tingkap.

“Saya tidak berani untuk melarikan diri kerana saya tahu mereka akan menyakiti kamu jika saya lakukan demikian. Jadi, saya macam lalat yang terperangkap di sarang labah-labah.

“Saya minta maaf atas perbuatan jahat mereka yang mengaku keluarga saya itu. Saya bencikan mereka,” katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/26

Buah lelabu dijadikan produk seni

SEBAHAGIAN buah lelabu yang telah dilukis dengan seperti wajah haiwan dan manusia.


BEIJING - Beberapa peniaga menjual buah lelabu dijadikan produk seni yang dijual di sebuah pasar barang-barang antik di sini.
Buah lelabu itu diukir dengan tulisan kaligrafi dan lukisan seperti wajah haiwan dan manusia.
Trend menjadikan buah itu sebagai produk seni telah bermula sejak pemerintahan Dinasti Qing.
Dinasti itu memerintah China dari 1644 hingga 1912. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1126&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2ljuX7mEd 
Hakcipta terpelihara 

Monday, November 25, 2013

KAROMAH SEORANG WALI ALLAH



Syeikh Mohammed El-Audan dilahirkan tahun 1894 dan menyertai gerakan Ikhwan Muslimin ketika bertugas sebagai pensyarah Hadis di Universiti Al-Azhar. Beliau merupakan salah seorang dari 50 orang ulamak yang terlibat menggubal perlembagaan Mesir pada 13 Januari 1953.

Pada tahun 1965, beliau ditangkap oleh rejim Jamal Abdul Nasser tatkala usia beliau ketika itu mencecah 80 tahun termasuk kesemua 5 orang anaknya turut ditangkap.

Dendam kesumat yang membara di dalam hati Menteri Pertahanan Mesir ketika itu, Syams Badran cuba berusaha untuk membunuh Syeikh Mohammed sewaktu dalam tahanan.

Suatu ketika, Badran telah melepaskan seekor anjing yang kelaparan di dalam penjara yang ditempatkan Syeikh Mohammed dengan harapan agar beliau dibaham oleh anjing tersebut. Badran kemudian mengarahkan seorang tentera bawahannya, "Pergi kamu ke bilik tahanannya dan bersihkan bilik itu dari darah-darah."

Tentera itu kembali menemui Badran dengan penuh hairan, Badran bertanya, "Apa yang telah berlaku?"

Jawab tentera itu, "Demi Allah, saya melihat satu perkara yang ajaib. Saya melihat syeikh itu sedang sujud dalam keadaan anjing itu berdiri bersebelahannya seakan-akan mengawalnya.

Dr.Yusuf Qaradhawi telah menyifatkan beliau dengan katanya, "Syeikh Mohammed El-Audan, seorang lelaki yang rabbani, yang telah terpancar cahaya iman dan kerohanian. Saya tidak pernah belajar darinya tetapi saya pernah menziarahi di rumah beliau di Zaitoun, saya bertemunya. Mendengar kalam-kalamnya yang memberikan kekuatan kepada rohani kerana kalamnya keluar dari hati yang membelai hati-hati yang mendengar."

Gambar ini menyaksikan Al-Marhum Syeikh Mohammed tidak mampu berdiri kerana keuzuran sewaktu perbicaraan mahkamah berlangsung.

Sumber: Ikhwanwiki
 

SALAHUDDIN AL AYUBBI DI ZAMAN KANAK-KANAKNYA



Ketika Salahuddin Al Ayubbi masih kecil, beliau bermain dengan kanak-kanak yang lain di jalanan. Ayahnya telah melihatnya, lantas mengambilnya keluar dari tengah-tengah kumpulan kanak-kanak itu. Lalu ayahnya menjulang tinggi Salahuddin dengan kedua belah tangannya.

Ayahnya seorang lelaki yang berbadan tegap berkata;

“Aku menikahi ibumu dan ibumu melahirkanmu bukan untukmu bermain-main dengan kanak-kanak yang lain. Akan tetapi, aku menikahi ibumu dan ibumu melahirkanmu adalah supaya kamu MEMBEBASKAN MASJIDIL AQSA!”

Kemudian ayahnya pun melepaskan Salahuddin dari tangannya dan Salahuddin pun jatuh ke tanah. Ayahnya melihat wajah anaknya dan tahu bahawa anaknya itu sedang menahan kesakitan.

Lantas ayahnya bertanya: “Sakitkah jatuh tadi?”

Salahuddin menjawab: “Sakit..”

Ayahnya bertanya lagi: “Habis, kenapa tidak meraung kesakitan?”

Salahuddin membalas: “Tidak wajar bagi seorang yang bakal membebaskan Masjidil Aqsa itu berteriak / meraung kesakitan.”
 

Legasi Lego, Ole Kirk Christiansen

Ole Kirk Christiansen
Ole Kirk Christiansen

MASYARAKAT tanpa mengenal usia meminati alat permainan berbentuk bongkah plastik kecil berwarna-warni yang mampu menghasilkan pelbagai objek seperti kenderaan, bangunan dan robot.

Pada masa ini, penggunaan Lego semakin berkembang dan turut diketengahkan di dalam filem, pertandingan selain dibangunkan sebagai taman tema di seluruh dunia. Sehingga 2013, kira-kira 560 bilion Lego dihasilkan sejak diperkenalkan oleh perekanya, Ole Kirk Christiansen lebih 60 tahun lalu.


Kehidupan awal

Christiansen dilahirkan pada 1891 di perkampungan kecil utara bandar Billund di Filskov, Denmark.

Beliau hanya mendapat pendidikan sehingga sekolah menengah sebelum diterima bekerja di sebuah kilang sebagai tukang kayu.

Pelbagai pengalaman dan kemahiran yang diperoleh ketika bekerja di kilang itu akhirnya digunakan untuk membuka perniagaan sendiri di bandar kelahirannya pada 1932.

Christiansen menghasilkan pelbagai produk seperti papan seterika, tangga dan alat permainan diperbuat daripada kayu yang merupakan salah satu bidang kepakaran beliau.

Pada 1934, beliau menamakan syarikatnya kepada Lego berasal daripada bahasa Denmark, Leg Godt bermaksud bermain dengan baik.   


Hasilkan 200 alat permainan

Pada awal 1940-an, kilang milik Christiansen terbakar untuk kali kedua akibat litar pintas dan ia dibina semula pada 1947.

Ketika itu, perniagaannya semakin berkembang dan menjadi syarikat pertama di Denmark yang membeli mesin pengacuan plastik.

Menjelang 1949, syarikat Christiansen menghasilkan kira-kira 200 alat permainan diperbuat daripada plastik dan kayu.

Pada masa itu, bongkah Lego masih dihasilkan daripada kayu dan ia hanya dipasarkan di Denmark, sekali gus menjadi alat permainan terkenal dalam kalangan kanak-kanak di negara tersebut.

Susulan daripada itu, Christiansen mula mencipta bongkah Lego plastik berwarna-warni untuk menarik perhatian golongan tersebut.

Pada 1950, Godtfred Kirk Christiansen dilantik sebagai Timbalan Presiden Muda oleh bapanya dan beliau turut menyumbangkan idea kreatif bagi menghasilkan binaan daripada Lego.

Empat tahun selepas itu, Lego memasarkan set binaan lengkap dan memperoleh tanda dagangan bagi produk yang digelar Lego Mursten.        


Cipta pelbagai set Lego

Syarikat itu melancarkan secara rasmi Lego System of Play terdiri daripada 28 set berbeza dan lapan kenderaan permainan pada 1955.

Bagaimanapun, ketika syarikat itu semakin berkembang dan dikenali di seluruh dunia, Christiansen meninggal dunia akibat serangan jantung pada usia 66 tahun.

Godtfred yang merupakan anak ketiganya diberi kepercayaan mengambil alih syarikat tersebut.

Lego terus menempa nama menghasilkan set permainan lebih variasi dan ia pertama kali menembusi pasaran Amerika Syarikat pada 1961.   

Menjelang 1966, syarikat tersebut mula mencipta Lego yang boleh menghasilkan pelbagai bentuk termasuk bangunan dan kenderaan.

Set Lego lebih besar digelar Duplo direka khas untuk bayi dan golongan kanak-kanak pada 1967.

Kira-kira 10 tahun selepas itu, Lego memperkenalkan projek Technic dihasilkan khusus untuk golongan remaja.

Syarikat tersebut terus diwarisi ahli keluarga Christiansen dan cucunya, Kjeld Kirk pernah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Lego dan beliau kekal memegang jawatan itu sehingga Oktober 2004 sebelum diambil alih oleh Jørgen Vig Knudstorp.

Sehingga kini, pelbagai set Lego telah direka mengikut peredaran zaman seperti Lego Mindstorms, kit model kereta dan permainan komputer.


TRIVIA

- Legoland dibuka pertama kali di Billund pada 1968 dan kini terdapat enam taman tema dibangunkan di beberapa negara termasuk Malaysia.

- Lego menjadi perintis kemajuan penyelidikan dan pembelajaran. Alat permainan Lego dipasarkan di 130 negara dan memperoleh keuntungan lebih AS$1.5 bilion (RM4.8 bilion).

- Sejak 1993, pakaian kanak-kanak berumur 0-12 tahun menggunakan jenama LEGOwear dihasilkan dan dipasarkan syarikat dari Denmark, Kabooki.

- Selain alat permainan, Lego turut menerbitkan beberapa buku seperti The Ultimate Lego Book pada 1999.

- Pada Jun 2013, Warner Bros menghasilkan filem diadaptasi daripada Lego Ninjago.

- Beberapa pesaing pernah cuba menciplak reka bentuk Lego dengan menghasilkan alat permainan sama. Lego pernah memfailkan beberapa saman terhadap beberapa syarikat termasuk di China atas dakwaan perlanggaran hak cipta.

Ular muka belut curi tumpuan ramai

Ular muka belut curi tumpuan ramai
Ah Kaw (kiri) menunjukkan ular aneh yang ditangkapnya di Nibong Tebal, kelmarin.

 PARIT BUNTAR - Pekerja kolam udang yang sedang membersihkan kolam terkejut apabila menemui seekor ular aneh di tepi kolam itu di Nibong Tebal, Pulau Pinang, kelmarin.

Berikutan itu, seorang anggota Bomba Sukarela Parit Buntar dipanggil untuk menangkap reptilia tersebut kerana bimbang  spesies ular yang tidak dikenal pasti itu berbisa.

Reptilia bertubuh lembik seberat 10 kilogram dan panjang hampir dua meter itu menggerunkan pekerja kolam berkenaan kerana bentuk muka menyerupai belut.

Anggota bomba sukarela dikenali Ah Kaw berkata, reptilia itu ditemui  berendam di tepi kolam udang dan mudah ditangkap.

“Saya tidak pasti ular itu jenis apa kerana badanya lembik seperti lintah. Malah, kulit haiwan itu kasar seperti kulit biawak.

“Ini kali pertama saya melihat haiwan pelik seumpama itu,” katanya semasa ditemui Sinar Harian   di Balai Bomba Parit Buntar di sini kelmarin.

Ah Kaw berkata, dia pelik dengan haiwan itu kerana tidak agresif seperti ular lain semasa ditangkap.

“Kami dimaklumkan ia sejenis ular air dan dipanggil ular guni buruk atau ular karung guni,” katanya.

Berdasarkan bentuknya, s spesies ini dikenali sebagai ular belalai gajah (elephant trunk snake).

Pelancongan angkasa lepas tawar pengalaman menarik


SS2 menjalani ujian menggunakan enjin roket buat pertama kali pada April lalu. - AGENSI
BIARPUN selepas empat tahun diperkenalkan tanpa membuat sebarang penerbangan rasmi seperti yang diharapkan, keinginan orang ramai untuk muncul sebagai antara yang terawal menaiki pesawat pelancongan angkasa lepas komersial pertama, SpaceShipTwo (SS2), nyata amat memberangsangkan.
Hal ini kerana, sebanyak 650 tempahan telah diterima syarikat penerbangan Virgin Galactic setakat ini berbanding hanya kira-kira 300 orang pada 2009.
Walaupun harga tiket untuk menaiki pesawat kembar tiga yang mempunyai saiz menyamai sebuah jet perniagaan itu meningkat kepada AS$250,000 (RM802,807) berbanding hanya AS$200,000 (RM642,246) sebelum ini, nyata keinginan orang ramai termasuk barisan selebriti terkenal untuk menaiki pesawat futuristik berkenaan tidak dapat disekat lagi.
Penyanyi pop Hollywood, Rihanna dilapor membelanjakan sebanyak AS$750,000 (RM2.3 juta) untuk menyertai misi penerbangan angkasa lepas Virgin Galactic itu yang dimiliki hartawan terkenal, Richard Branson.
Antara selebriti dan tokoh terkenal yang bakal turut serta dalam penerbangan bersama SS2 yang mampu memuatkan enam penumpang adalah Stephen Hawking, Tom Hanks, Ashton Kutcher, Katy Perry, Brad Pitt dan Angelina Jolie.
Harga tiket yang mahal bukanlah halangan bagi mereka yang ingin merasai pengalaman berada di paras melebihi ketinggian 100 kilometer atau dikenali sebagai garisan Karman iaitu sempadan antara ruang udara bumi dengan angkasa lepas.
Apa yang penting ialah, kepuasan untuk menikmati pakej yang ditawarkan syarikat itu iaitu berada selama dua jam setengah termasuk lima minit pengalaman graviti kosong dan peluang melihat lengkungan planet Bumi melalui tingkap luas pesawat.
Selain itu, pengalaman untuk merasai saat SS2 dilancarkan daripada pesawat induk, WhiteKnightTwo dan berlepas pada kelajuan roket, pasti mendatangkan keterujaan kepada penumpangnya.
Malah, penyanyi terkenal, Lady Gaga dikhabarkan juga bakal menyanyi di angkasa lepas pada 2015 dan artis itu kini sedang giat menjalani latihan vokal.
Keterujaan orang ramai sama ada untuk menaiki atau melihat kejayaan SS2 dijangka bakal berakhir selepas Ketua Pegawai Eksekutif Virgin Galactic, George T. Whitesides membayangkan kesediaan syarikat itu untuk memulakan operasi pesawat tersebut secara komersial bermula tahun depan.
Syarikat itu telah mengadakan beberapa siri ujian termasuk pada September lalu apabila SS2 berjaya melakukan ujian menggunakan 'kuasa roket' yang membantu pesawat mencecah ketinggian 21 kilometer pada kelajuan Mach 1.43 dalam tempoh 20 saat.
Selain itu difahamkan, ujian yang akan dilaksanakan pada bulan depan bakal menjadi kayu ukur kepada kepada kemampuan SS2 untuk mula beroperasi pada tahun hadapan dari Gurun Mojave di California.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131125/lu_05/Pelancongan-angkasa-lepas-tawar-pengalaman-menarik#ixzz2leAKyRC9
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wanita menyerupai Mao Zedong

Chen YAN
SICHUAN, China 24 Nov. - Seorang wanita di sini menjadi perhatian orang ramai kerana raut wajahnya sama seperti pemimpin China, Mao Tze Tung atau Mao Zedong.
Semuanya bermula selepas Chen Yan, 51, menyertai satu rancangan televisyen yang berkonsepkan tiru cara selebriti.
Sejak daripada itu, kelibat Chen di jalan-jalan utama sentiasa menarik perhatian orang ramai, malah ada yang tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan wanita itu.
Berikutan itu, ada beberapa pihak termasuk pasar raya sanggup membayar Chen untuk tampil sebagai Mao sebagai langkah mempromosi jualan mereka.
Setiap kali diminta untuk menjadi Mao, Chen akan memakai pakaian yang sering digayakan oleh pemimpin itu beserta gaya rambut dan tahi lalat yang sama.
Chen yang mempunyai ketinggian 154 sentimeter juga akan memakai kasut khas yang mengubah ketinggiannya menjadi 180 sentimeter, iaitu sama dengan ketinggian Mao.
Chen akan disolek selama beberapa jam oleh jurusolek khas setiap kali dia membuat penampilan sebagai Mao.
Biarpun mendapat populariti dalam kalangan masyarakat, Chen melahirkan kekecewaan kerana ia menjejaskan hubungan dengan suaminya.
Majalah Global People memetik Chen sebagai berkata, suaminya tidak menyukai penampilannya sebagai Mao dan menyifatkannya sebagai 'tidak menarik', selain enggan mengadakan hubungan seks dengannya. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131125/lu_09/Wanita-menyerupai-Mao-Zedong#ixzz2le5FtqCq
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Gelongsor air setinggi 17 tingkat dibina


Gelongsor air setinggi 17 tingkat yang sedang dibina di Kansas, Amerika Syarikat, bakal menjadi tarikan baharu kepada pengunjung. - Agensi
KANSAS 24 Nov. - Peminat permainan air pasti teruja apabila gelongsor air tertinggi di dunia kini sedang dalam pembinaan di bandar Kansas, Amerika Syarikat.
Gelongsor itu diberi nama Verruckt yang bermaksud 'gila' dalam bahasa Jerman dan pengunjung boleh menguji tahap keberanian meluncur dari ketinggian 42.6 meter bersamaan dengan bangunan 17 tingkat.
Pengunjung perlu mendaki sebanyak 264 anak tangga untuk sampai ke puncak gelongsor sebelum melakukan luncuran.
Tarikan taman tema terbaharu yang direka oleh Kumpulan Pembangunan Schlitterbahn itu juga dikatakan lebih tinggi daripada Air Terjun Niagara dan Statue of Liberty.
Pengarah Pemasaran dan Jualan Taman Tema Air Schlitterbahn, Larry Pitcher, memberitahu The Kansas City Star, pihaknya percaya gelongsor baharu itu akan menarik perhatian peminat permainan air.
Pembinaan taman tema tersebut dijadualkan siap sepenuhnya pada tahun depan, dan akan memecahkan rekod gelongsor tertinggi di dunia yang sebelum ini dipegang oleh Taman Tema Kilimanjaro di Aguas Quentes Country Club, Rio de Janeiro, Brazil sejak tahun 2002.
Gelongsor tersebut dibina dengan ketinggian 41 meter atau bersamaan bangunan 14 tingkat.
Taman tema itu juga dikatakan mempunyai gelongsor paling curam di dunia dengan kelajuan 104 kilometer per jam.
Sementara itu, Channel Travel turut mengambil kesempatan menghasilkan dokumentari mengenai proses pembinaan gelongsor di Kansas itu untuk tontonan umum.
Bagaimanapun, ketinggian rasmi gelongsor baharu itu hanya akan didedahkan sebaik-baik pembinaan selesai. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131125/lu_08/Gelongsor-air-setinggi-17-tingkat-dibina#ixzz2le3nj5Cs
© Utusan Melayu (M) Bhd