BAITULMAQDIS: Perkhidmatan Penjara Israel (IPS) menawarkan pengurangan sekatan ke atas warga Palestin yang ditahan dalam usaha menamatkan mogok lapar beramai-ramai yang setakat ini menyebabkan beberapa daripada mereka hampir meninggal dunia.
Pegawai kumpulan Addameer yang memperjuangkan hak banduan Palestin berkata, rundingan kini dijalankan di antara tahanan terbabit dan IPS.
“Kami difahamkan banduan terbabit, ketua mereka bertemu dengan wakil IPS di Penjara Nafha dan mungkin ada keputusan positif beberapa hari lagi,” katanya.
Hampir 1,600 penduduk Palestin yang kini menjadi banduan Israel enggan mengambil sebarang makanan bagi membantah perintah tahanan tanpa bicara yang dikenakan rejim Zionis ke atas mereka.
Beberapa hak banduan terbabit turut dinafikan, termasuk untuk bertemu keluarga, disekat daripada belajar serta pelbagai kemudahan lain.
Dua daripada tahanan tertabit - Bilal Diab dan Thaer Halahla - mogok lapar untuk hari ke-72, semalam.
Bantahan itu menarik perhatian antarabangsa dengan Kesatuan Eropah dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan kebimbangan mereka. Sementara itu, sumber IPS berkata, mereka mungkin melakukan beberapa perubahan, seperti membenarkan tahanan menerima lawatan keluarga dari Gaza, serta membatalkan beberapa sekatan lain, termasuk dalam aspek pendidikan. - AFP
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment