26 November 2012
KUALA LUMPUR - Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengumumkan penemuan utama gas di lapangan Utara Kuang dan Timur Tukau di luar pantai Sarawak.
Lapangan Utara Kuang, yang terletak di blok SK316, digerudi Oktober lepas melalui dua telaga eksplorasi, Kuang North-1 dan Kuang North-2. Kuang North-2 digerudi sedalam 3,223 meter dan menembusi lapisan gas 636 meter, kata kenyataan itu dalam satu kenyataan.
Penilaian awal membayangkan bahawa gas yang terdapat di lapangan Utara Kuang berjumlah kira-kira 2.3 trilion kaki padu standard (TSCF) hidrokarbon. Penemuan lain baru-baru ini di Blok SK316 ialah lapangan gas Kasawari dan NC8.
"Tidak seperti penemuan gas karbonat sebelum ini, gas di Utara Kuang ditemui di dalam sektor karbonat lebih tua, yang menggambarkan satu potensi eksplorasi baharu hidrokarbon yang besar di dalam reservoir hidrokarbon yang lebih tua di luar pantai Sarawak," kata kenyataan itu.
Sementara itu, penemuan utama gas kedua -- Tukau Timur Deep-1 adalah telaga bertekanan tinggi bersuhu tinggi yang pertama disiapkan di Sarawak dan juga adalah telaga menegak paling dalam digerudi oleh Petronas.
"Telaga itu digerudi pada kedalaman 4,830 meter dan menemui 12 reservoir yang mempunyai jumlah bersih pepasir gas 183 meter," kata syarikat itu.
Penilaian awal menunjukkan jumlah gas yang terdapat di lapangan Tukau Timur berjumlah kira-kira 2.1 TSCF. Kerja seterusnya akan bermula untuk menganggarkan jumlah sumber yang boleh dikeluarkan.

Tukau Timur Deep-1 terletak di blok SK307 yang dikendalikan oleh Petronas Carigali (50 peratus) dengan Sarawak Shell Berhad (50 peratus) sebagai rakan.
Telaga itu digerudi pada Mei 2012 dan selesai pada November 2012. - Bernama

No comments:
Post a Comment