Hakim kritik dekri Mursi
Mahmoud (tengah) turut memberi amaran keras terhadap sebarang cubaan yang mahu mengganggu sistem kehakiman semasa sidang media di Kaherah, kelmarin. Foto: EPA
KAHERAH - Majlis Tertinggi Kehakiman mengkritik dekri Presiden Mesir, Mohammed Mursi yang didakwa memberi peluang kepada beliau untuk memonopoli kuasa.

Mereka juga menyifatkannya sebagai satu serangan tidak pernah berlaku ke atas badan kehakiman di negara tersebut.

Dalam satu sidang media selepas mesyuarat tergempar, kelmarin, bekas pendakwa raya. Abdel-Meguid Mahmoud berkata, beliau bersedia untuk mencabar Mursi di mahkamah.

Difahamkan, dekri Mursi yang mencetuskan kemarahan banyak pihak itu dikatakan hanya memberi kuasa sementara kepada presiden tersebut sehingga Perlembagaan baru digubal. - AFP