Pages

Saturday, August 11, 2012

Berjalan di atas kabel tanpa jaring keselamatan




BEBERAPA orang menyaksikan Wallenda berjalan di atas kabel di Bandar Atlantic kelmarin.


BANDAR ATLANTIC, New Jersey - Seorang pelagak ngeri, Nik Wallenda berjalan di atas kabel sepanjang 396 meter dan setinggi 30 meter di sebuah pantai di sini kelmarin.
Bagaimanapun, Wallenda yang berusia 33 tahun melakukan aksi tersebut tanpa menggunakan peralatan abah-abah keselamatan.
Seorang guru, Norren Saggese yang tinggal di Resort Tropicana dan Kasino di sini berkata: "Tidak ada jaring dan abah-abah keselamatan (semasa Wallenda melakukan aksi tersebut).
Seramai 150,000 orang menyaksikan pertunjukan pelagak ngeri itu.
"Nik," jerit sejumlah orang yang berada di pantai tersebut semasa sebuah helikopter berlegar-legar untuk merakamkan aksi Wallenda.
Selepas selesai melakukan pertunjukan itu, Wallenda berkata, terdapat pasir di atas kabel menyebabkan kakinya terasa licin.
Dia merupakan keturunan keluarga pelagak ngeri yang terkenal selama dua dekad di Amerika Syarikat (AS).
Pada 15 Jun lalu, Wallenda berjalan di atas kabel di Air Terjun Niagra yang terletak di sempadan AS dengan Kanada.
Moyang Wallenda, Karl Wallenda merupakan pengasas perniagaan hiburan lagak ngeri.
Namun, moyangnya itu meninggal dunia ketika berusia 73 tahun pada tahun 1978 semasa membuat pertunjukan lagak ngeri di Puerto Rico.
Ketika itu, dia cuba berjalan di atas kabel yang direntangkan di antara dua buah bangunan.
- Agensi

No comments: