WASHINGTON: Amerika Syarikat semalam menyelar persidangan 29 negara mengenai krisis Syria di Teheran dengan menuduh Republik Islam itu membantu Presiden Bashar al-Assad membunuh rakyatnya.
Persidangan itu turut dihadiri Russia, China, Cuba, Iraq dan Venezuela yang mempunyai hubungan baik dengan Iran. Iran mengadakan persidangan itu untuk menyokong rundingan damai antara kerajaan Bashar dengan kumpulan pemberontak.
Jurucakap White House, Jay Carney membidas peranan Iran di Syria dengan mempersoalkan sama ada persidangan itu boleh dipercayai atau dapat membantu menangani krisis di Syria. - AFP
No comments:
Post a Comment