NEW YORK - Seorang wanita kurus, Sonya Thomas, 44, memecahkan rekodnya sebelum ini dengan memakan 45 hot dog dan roti ban dalam masa 10 minit dalam pertandingan memakan makanan itu dalam kategori wanita kelmarin.
Mendapat jolokan labah-labah 'Black Widow', wanita seberat 45 kilogram itu berkata, dia mencapai matlamatnya untuk memakan bilangan hot dog yang menyamai usianya.
Thomas yang berdarah kacukan Korea-Amerika, merupakan antara 15 peserta pertandingan tersebut.
Dia mengatasi rekodnya pada tahun lalu dengan kelebihan lima hot dog.
Thomas dari Alexandria, Virginia memenangi tali pinggang kejuaraan dan wang tunai sebanyak AS$10,000 (RM31,545).
Dia menyertai Kejuaraan Antarabangsa Memakan Hot Dog Terkenal Nanthan yang berlangsung di Pulau Coney di sini.
Joey Chestnut, 28, mempertahankan kejuaraannya untuk kali keenam berturut-turut dalam kategori lelaki apabila dia memakan 68 hot dog yang menyamai rekodnya pada 2009 sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai AS$10,000.
Kategori lelaki dan wanita itu mula diwujudkan pada tahun lalu.
"Pertandingan secara berasingan adalah sesuatu yang baik kerana tekak (wanita) lebih kecil. Justeru, kami tidak dapat menelan secepat mereka (lelaki)," kata Thomas sebelum pertandingan bermula.
Apabila pertandingan makan hot dog itu mula diadakan pada tahun 1916, pemenang acara berkenaan memakan cuma 13 hot dog dalam masa 10 minit. - AFP
No comments:
Post a Comment