Pages

Friday, July 6, 2012

Air bersih Indonesia teruk

Kerajaan kena bina loji bersih air di kawasan gambut
Foto
Seorang wanita mengangkut air minuman
 di Kampung Bajo Indah di Tenggara Sulawesi
Foto
Penduduk kampung berhampiran Gunung Kelud
 berbaris bersama bekas air untuk mendapatkan air
 minuman di Kampung Candi Sewu,
 wilayah Jawa Barat.

Pekanbaru: Indonesia mempunyai air minuman paling teruk di Asia Tenggara, kata penyelidik air bersih di Institut Penyelidikan Indonesia (LIPI), kelmarin.
“Hanya 30 peratus penduduk di bandar raya ini mempunyai sumber air bersih,” kata penyelidik berkenaan, Ignasius DA Sutapa yang dipetik akhbar Jakarta Globe, semalam. 
“Jumlah itu menurun kepada hanya 10 peratus di kebanyakan kawasan kampung.”

Sasaran PBB

Indonesia perlu memastikan bahawa sebanyak 50 peratus daripada penduduknya mempunyai akses kepada air minuman bersih jika negara itu berharap untuk memenuhi sasaran yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Negara yang menyertainya komited untuk membuktikan bahawa secara keseluruhan kesihatan, alam sekitar dan kualiti hidup memfokus kepada lapan sasaran isu seperti kemiskinan, malaria, HIV dan kelaparan. 
“Sasaran untuk mendapatkan air bersih di Indonesia adalah terlalu besar bagi syarikat air tempatan, PDAM sendiri untuk mencapainya,” kata Ignasius lagi.

Kerajaan perlu fokus kepada membina lebih banyak loji membersihkan air di kawasan gambut seperti Sumatera, Kalimantan dan Papua.

“Bagi kebanyakan kawasan gambut, air adalah tidak terlalu bersih untuk digunakan.

“Program penapisan air gambut kini berjalan di perkampungan Tanjung Leban, di Bengkalis, Riau yang berjaya menyediakan air minuman bersih kepada penduduk tempatan,” katanya. - Agensi

No comments: