BAITULMAQDIS: Israel akan menyambung semula pembinaan tembok pemisah di Tebing Barat dalam masa beberapa minggu lagi selepas tertangguh selama lima tahun.
Radio rejim itu melaporkan, pegawai yang bertanggung jawab terhadap pembinaan itu, Kolonel Ofer Hindi, mengemukakan rancangan untuk menyambung semula pembinaan pada satu sesi di Mahkamah Agung, semalam.
Dia memberitahu mahkamah, kerja penyambungan semula itu akan dimulakan di sekitar beberapa penempatan berhampiran Baitullaham.
Pembinaan tembok itu ditunda kira-kira lima tahun kerana masalah bajet dan pelbagai tindakan undang-undang yang dikemukakan penduduk Palestin.
Pembinaan tembok itu ditunda kira-kira lima tahun kerana masalah bajet dan pelbagai tindakan undang-undang yang dikemukakan penduduk Palestin.
Akhbar Israel, Yediot Aharonot berkata, tekanan antarabangsa berhubung laluan tembok berkenaan yang merentasi Tebing Barat, juga menyumbang kepada penangguhannya. - Reuters
No comments:
Post a Comment