Pages

Friday, July 6, 2012

Pilihan raya Libya esok

Foto
Penyokong parti Islam al-Watan menghadiri
 kempen pilihan raya di Tripoli, semalam.
Foto
Seorang pemuda menampal poster calon bertanding
 dalam pilihan raya Libya di Benghazi, semalam.
 n
Rakyat bakal pilih anggota dewan perhimpunan kebangsaan

Tripoli: Rakyat Libya akan mengundi esok (Sabtu) bagi memilih anggota dewan perhimpunan kebangsaan, badan pertama dipilih sejak bekas pemimpin yang digulingkan, Muammar Gaddafi, bertanggungjawab mengetuai negara yang sedang melalui perubahan kritikal.
Perhimpunan kebangsaan itu dijangka menggantikan Majlis Peralihan Kebangsaan dan memantau pembentukan perlembagaan baru, yang pertama selepas perang saudara selama beberapa bulan yang menggulingkan Gaddafi. 
“Semua persoalan asas akan diputuskan oleh sekumpulan 200 orang yang dipilih. “Ia amat penting. Kita tidak menulis sesuatu perlembagaan setiap hari,” kata pengarang urusan Libya Herald, Sami Zaptia.

Kongres Kebangsaan Umum akan dipilih yang bakal melantik kerajaan sementara baru dan sebuah panel untuk merangka sebuah perlembagaan baru bagi negara Afrika Utara yang kaya dengan minyak itu.

Sebaik saja perhimpunan mengadakan sesi pertama, Majlis Peralihan Kebangsaan yang menerajui Libya sejak penyingkiran dan kematian Gaddafi tahun lalu, perlu meletak jawatan.

Ketua misi pemantau Kesatuan Eropah, Alexander Graf Lambsdorff, berkata undian yang dijangka diadakan pada 19 Jun tetapi ditangguhkan atas sebab teknikal, menandakan satu peluang bersejarah. 
“Pilihan raya ini adalah peluang pertama bagi rakyat Libya untuk memilih wakil mereka dalam pilihan raya kebangsaan selepas beberapa dekad,” katanya.

“Ia menandakan satu langkah bersejarah untuk negara dan penduduknya. Memberikan peranan utama kepada Kongres Kebangsaan Umum dalam melantik badan untuk merangka perlembagaan, pilihan raya ini adalah amat penting.”

Perdana Menteri Libya, Abdurrahim El-Keib berkata tidak akan ada belas ihsan terhadap mana-mana pihak yang cuba menjejaskan keamanan pilihan raya terbabit. - AFP/Agensi

No comments: