Pages

Friday, July 6, 2012

Oxfam gesa EU bantu bangun Palestin tanpa izin Israel

BAITULMAQDIS: Oxfam, sebuah badan kebajikan utama, semalam mendesak Kesatuan Eropah menyalurkan bantuan kepada projek pembangunan Palestin di Tebing Barat meskipun tanpa kelulusan Israel.
Laporan mengenai penempatan Yahudi dan kesannya terhadap rakyat Palestin di Lembah Jordan yang diterbitkan semalam menyatakan, penderma perlu menerus dan menyokong projek pembangunan di wilayah itu dan tempat lain di Kawasan C, yang Israel mempunyai kuasa terhadap pembahagian kawasan, walaupun ia tidak diluluskan oleh Pentadbiran Awam Israel.

Pentadbiran Awam itu ialah sebuah badan tentera rejim Yahudi yang mentadbir kawasan di Tebing Barat yang dibawah penguasaan Israel.
Kesatuan Eropah ialah penderma terbesar kepada Pihak Berkuasa Palestin. Bagaimanapun, bantuannya tidak dapat menandingi sokongan ekonomi dan tentera Amerika Syarikat kepada Israel. - AFP

No comments: