Pages

Wednesday, July 4, 2012

Tindakan bekal senjata burukkan konflik di Syria

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Senjata yang dibekalkan kepada kerajaan Syria dan penentangnya meningkatkan keganasan di negara itu.
Ketua Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Navi Pillay memberitahu wartawan selepas taklimat kepada Majlis Keselamatan badan dunia berkenaan, sebarang peningkatan ketenteraan dalam konflik berkenaan perlu dielak sama sekali.

Russia dan Iran adalah pembekal utama senjata kepada kerajaan Presiden Bashar al-Assad sementara negara Teluk, khususnya Qatar dan Arab Saudi membantu kumpulan penentang.
Menurut Pillay, kerajaan Syria dan penentangnya melakukan pencabulan hak asasi baru yang lebih serius, termasuk menyerang hospital.

Pada masa sama, beliau mengulangi rayuan kepada 15 anggota majlis itu supaya merujuk konflik Syria kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa. - AFP

1 comment:

mangchikla said...

O i/c takde kote... kene bagi gak senjata dari mati katak sumernye. Ya Allah jadikan kekuatan kafirin kekutan mu , dan berilah kemenangan dan perlindungan kepada umat islam, fi kulli makan fi kulli zaman aameen