Pages

Wednesday, July 4, 2012

25 korban bom trak

KEADAAN tempat kejadian letupan ddi bandar Diwaniya, Iraq.KEADAAN tempat kejadian letupan ddi bandar Diwaniya, Iraq.
DIWANIYA: Sebuah trak meletup di pasar penuh sesak di bandar Diwaniya, Iraq menyebabkan 25 terbunuh dalam kejadian keganasan terbaru di negara itu, kata pegawai perubatan dan keselamatan. 

“Sekurang-kurangnya 25 maut dan hampir 70 orang cedera apabila sebutir bom meletup di sebuah trak yang diletakkan di tengah pasar pada jam 10.15 pagi,” kata seorang kolonel polis. Sumber hospital di bandar raya 160 kilometer ke selatan Baghdad itu mengesahkan menerima 25 mayat. 
Pihak berkuasa melaksanakan perintah berkurung di seluruh bandar raya yang didiami 440,000 penduduk. - AFP

No comments: