Pages

Wednesday, July 4, 2012

Krisis ekonomi paksa penduduk Eropah jual organ

NEW YORK: Kemiskinan memaksa beberapa penduduk Eropah menjual organ mereka. Antara mereka, menurut laporan akhbar The New York Times, ialah warga Serbia, Pavle Mircov, 45, dan temannya, Daniella.
Mircov, 50, hilang pekerjaan di sebuah kilang daging dan gagal mencari kerja lain.

Kesannya, untuk membeli batu nisan untuk bapanya yang meninggal dunia baru-baru ini juga dia tidak mampu.
Kerana itu, pasangan berkenaan yang memiliki dua anak remaja belasan tahun menawarkan organ mereka untuk dijual enam bulan lalu dengan mengiklankannya menerusi laman web tempatan.

Mereka berharap ada pihak yang bersedia membayar AS$40,000 (RM120,000) untuk satu buah pinggang mereka.

“Apabila anda perlu menyediakan makanan, menjual buah pinggang dilihat bukan pengorbanan yang besar,” kata Mircov kepada akhbar itu.
New York Times melaporkan, pasaran gelap untuk organ merebak di Eropah, kesan daripada kekurangan organ untuk pemindahan dan tindakan penyeludup yang mengambil kesempatan terhadap kesempitan hiup akibat daripada krisis kewangan di Eropah.

Di negara yang teruk terjejas seperti Greece dan Russia, iklan menawarkan organ, juga rambut, air mani, susu badan untuk dijual boleh ditemui di Internet. - Agensi

No comments: