Pages

Friday, July 20, 2012

PRU Libya: Pakatan liberal atasi parti Islam

PRU Libya: Pakatan liberal atasi parti Islam
Keputusan akhir pilihan raya ditunjukkan menerusi skrin ketika
 pengumuman dibuat oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya
Kebangsaan Libya. – Foto EPA
TRIPOLI - Pakatan moderat mengatasi pesaing terdekat daripada kalangan konservatif Islam dalam pilihan raya umum pertama Libya sejak Muammar Gaddafi digulingkan tahun lalu.

Pakatan itu diketuai oleh Mahmoud Jibril, Perdana Menteri sementara.

National Forces Alliance (NFA) memenangi 39 daripada 80 kerusi yang diperuntukkan kepada parti-parti politik sementara Justice and Construction Party, sayap politik Ikhwanul Muslim Libya, memperoleh 17 kerusi.

Sebanyak 200 kerusi dipertandingkan dalam pilihan raya kali dengan 120 dikhususkan kepada calon-calon bebas.

Perkembangan itu mencetuskan keadaan sukar - pihak yang akan menguasai perhimpunan kebangsaan di Parlimen.

NSA dan Ikhwanul Muslim Libya masing-masing mendakwa sebahagian besar calon bebas akan menyokong blok mereka.

Laporan Reuters menyebut bahawa wakil rakyat bebas yang dipilih mewakili masyarakat yang memperlihatkan campuran dari segi hubungan dengan penduduk tempatan, reputasi dan keperluan sosial berbanding ideologi.

"Terlalu awal untuk bercakap mengenai perkara (majoriti). Ia akan jelas dalam beberapa hari lagi, ke mana calon bebas akan memihak," kata Gumaa al-Gamaty, pengasas Taghyeer Party.

"Saya lihat NFA akan menarik beberapa wakil rakyat bebas dan parti-parti kecil," katanya.
a.

No comments: