Pages

Tuesday, July 24, 2012

Presiden Jawatankuasa Olimpik Libya diculik bebas

Presiden Jawatankuasa Olimpik Libya diculik bebas
Ahmed Nabil al-Taher al-Alam
Presiden Jawatankuasa Olimpik Libya diculik bebas - Global - Sinar Harian:
TRIPOLI - Presiden Jawatankuasa Olimpik Libya, Ahmed Nabil al-Taher al-Alam dibebaskan seminggu selepas beliau diculik oleh lelaki bersenjata di Tripoli tetapi punca beliau diculik masih kekal misteri.

Ahmed Nabil berada dalam sebuah kereta dengan rakan sekerja 14 Julai lalu apabila dua kenderaan yang membawa lelaki berpakaian seragam menyekat  jalan dan menjadikan beliau mangsa culikan.

Menurut saudaranya, beliau pulang ke rumah dalam keadaan selamat tanpa sebarang luka semalam.

Ahmed Nabil mengambil alih Jawatankuasa Olimpik Libya selepas Muammar Gaddafi digulingkan tahun lepas.

Seorang jurucakap Jawatankuasa Olimpik Libya pada mulanya memberitahu televisyen negara itu yang penculik telah memberitahu Ahmed Nabil bahawa mereka adalah dari tentera walaupun mereka bukan pegawai tentera.

Timbalannya, Nour al-Din al-Krekshi berkata, Ahmed Nabil kini berehat dan akan pergi ke London untuk menyertai Sukan Olimpik dalam dua atau tiga hari lagi.

"Kakitangan Olimpik berusaha keras untuk membebaskannya," katanya.

'via Blog this'

No comments: