Pages

Tuesday, July 24, 2012

Liga Arab tawar jalan selamat bagi Presiden Syria

Liga Arab tawar jalan selamat bagi Presiden Syria - Global - Sinar Harian:

Presiden Bashar al-Assad
Presiden Syria, Bashar al-Assad
DOHA - Liga Arab menawarkan 'jalan keluar selamat' kepada Presiden Syria, Bashar al-Assad dan keluarganya jika beliau setuju untuk melepaskan kuasa serta meninggalkan negara itu, menurut pegawai organisasi antarabangsa tersebut.

Difahamkan, tawaran itu diputuskan menerusi satu mesyuarat tergempar yang diadakan di Qatar.

Bagaimanapun, tiada butiran lanjut diberikan kerana beliau tidak dibenarkan memaklumkan mengenai perkara tersebut kepada media.

Dalam satu kenyataan, Menteri Luar Qatar, Sheikh Hamad bin Khalifa Al-Thani berkata, mereka telah sebulat suara untuk menggesa Bashar meletak jawatan dalam masa terdekat.

"Kami juga mahu menggesa pembangkang dan Tentera Pembebasan Syria (FSA) untuk membentuk kerajaan perpaduan kebangsaan sebagai jalan untuk menamatkan konflik yang semakin meruncing ini," katanya.

Sementara itu, dalam rakaman yang dimuat naik secara dalam talian memaparkan pengumuman pemimpin FSA, Jeneral Abdel Jabbar Al-Obeidi yang nekad mahu membebaskan Aleppo daripada cengkaman rejim Bashar.

"Saya berikrar untuk melindungi Aleppo termasuk puak Alawite (penyokong kuat Bashar) daripada terus menjadi mangsa keganasan kerajaan," tegasnya.

Pertempuran antara FSA dan tentera Bashar yang masuk hari kedua di Aleppo dan Damsyik, semalam dilaporkan semakin sengit sehingga menyebabkan puluhan terbunuh.

'via Blog this'

No comments: