Pergolakan Syria merebak ke Aleppo - Global - Sinar Harian:
DAMSYIK - Pertempuran melibatkan tentera rejim Presiden Bashar Al-Assad dengan pejuang-pejuang telah menular ke daerah Aleppo selepas membedil ibu negara Syria dengan serangan bom yang membunuh pegawai tertinggi kerajaan itu.
Para aktivis berhaluan kiri di Aleppo yang juga sebuah pusat komersial utara negara melaporkan, beratus-ratus keluarga meninggalkan kawasan perumahan kelmarin selepas tentera Syria menyerang daerah Salaheddine yang berada di tangan pejuang selama dua hari.
"Pertempuran melibatkan tentera rejim Syria dan pejuang-pejuang pemberontak di kejiranan Sakhour dan kawasan Hayariya," jelas Pemantau Kemanusiaan Syria.
Kumpulan itu turut melaporkan satu pertempuran berdarah berlaku di pintu gerbang Al-Rastan iaitu kubu penjuang di wilayah Homs susulan percubaan masuk yang dilakukan oleh askar Syria.
Di kota utama Homs, sekurang-kurangnya dua banduan terbunuh dan sebahagian aktivis melaporkan jumlah korban banduan masih meningkat.
Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-Moon berkata, seorang wakil bakal dihantar ke Syria untuk menilai keadaan susulan meningkatnya tahap keganasan dan mendesak Assad menghentikan pembunuhan serta penggunaan senjata berat terhadap penduduk.
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment