Pages

Tuesday, July 31, 2012

Israel tembak lelaki Palestin


BAITULMUQADDIS - Polis sempadan Israel menembak mati seorang lelaki Palestin dan mencederakan dua yang lain di sebuah pusat pemeriksaan untuk memasuki bandar ini semalam.
Jurucakap polis sempadan, Shai Hakimi berkata, lelaki berkenaan yang berusia 40 tahun, Akram Badr berada di dalam sebuah kereta yang dipandu laju melintasi sebuah pusat pemeriksaan.
Kereta yang dinaikinya cuba merempuh beberapa anggota polis yang mengarahkannya supaya berhenti.
Namun, polis Palestin memberitahu, kereta mangsa berada di laluan salah dan bergerak mengundur untuk memasuki laluan betul apabila polis sempadan Israel melepaskan tembakan kerana menyangka kenderaan itu cuba melanggar mereka.
Hakimi berkata, polis tidak pasti sama ada lelaki Palestin itu bersenjata. - AP

No comments: