Pages

Tuesday, July 31, 2012

Iran dituduh dalang serangan diplomat Israel di India


       
NEW DELHI: Polis India mendapati, anggota Pengawal Revolusi Iran melakukan serangan ke atas seorang diplomat Israel di New Delhi pada Februari lalu.

Akhbar The Times of India semalam melaporkan, lima suspek dipercayai bekerjasama dengan seorang wartawan tempatan untuk merancang serangan itu.


Ia dilakukan seorang penunggang motosikal melekatkan bom magnetik pada sebuah kereta Kedutaan Israel.

Interpol sebelum ini mengeluarkan waran tangkap ke atas empat suspek yang dinamakan dalam laporan berkenaan pada Mac, tetapi inilah kali pertama polis mengaitkan serangan itu dengan Pengawal Revolusi, “Butiran mengenai suspek dikongsi dengan Iran,” kata akhbar itu. Ia menamakan Houshang Afshar Irani, sebagai perancang serangan itu.


Houshang juga didakwa mendalangi beberapa cubaan membunuh warga Israel dalam serangan lain di Thailand dan Georgia ketika itu. - AFP

No comments: