KUALA LUMPUR 8 Jun - Pengganas Jemaah Islamiah (JI) kelahiran Johor, Zulkifli Abdul Hir atau Marwan yang pernah didakwa terbunuh dalam serangan udara tentera Filipina, kini dipercayai bersembunyi di salah sebuah pulau kecil berhampiran Pulau Jolo, selatan negara jiran itu.
Pengganas paling dikehendaki oleh Amerika Syarikat (AS) itu sebelum ini dikatakan cedera parah dan bersembunyi di Pulau Jolo.
Bagaimanapun, menurut sumber pasukan keselamatan, maklumat terbaru menunjukkan Zulkifli sudah dipindahkan ke sebuah pulau kecil berhampiran Pulau Jolo, baru-baru ini.
"Perpindahan itu merupakan perkara biasa bagi mengelakkan dirinya dikesan tentera Filipina.
"Zulkifli turut dilindungi rangkaian kumpulan militan di pulau berkenaan selain dibekalkan senjata api dan makanan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
No comments:
Post a Comment