Pages

Thursday, June 7, 2012

Perlembagaan baru: Tentera Mesir beri 48 jam

Tentera beri 48 jam
Penyokong Ikhwanul Muslimin turut menyertai perhimpunan disertai
puluhan ribu penduduk di Dataran Tahrir, Kaherah, kelmarin.

KAHERAH - Majlis Tertinggi Tentera, kelmarin memberi kata dua kepada parti politik di Mesir untuk menubuhkan panel terdiri daripada 100 ahli dalam tempoh 48 jam bagi merangka perlembagaan baru negara itu atau mereka akan membuat keputusan sendiri.

Bagaimanapun, beberapa parti termasuk Ikhwanul Muslimin dilaporkan memboikot mesyuarat yang diadakan pemerintah tentera tersebut.

Speaker Parlimen, Saad el-Katatni berkata, tiada siapa boleh melaksanakan undang-undang tanpa persetujuan Parlimen dan mereka tidak akan mengiktiraf jika pemerintah
tentera mahu merampas kuasa perundangan.

Kenyataan tegas itu dikeluarkan selepas majlis tentera mengancam untuk mengeluarkan deklarasi tambahan yang akan membuat rangka tindakan untuk panel tersebut.

Kerajaan sementara Mesir itu berhadapan tekanan berganda selepas kebanyakan rakyat tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara
seumur hidup ke atas bekas presiden, Hosni Mubarak kerana dianggap tidak setimpal dengan kekejamannya.

Difahamkan, pada masa ini tahap kesihatan Mubarak didakwa semakin merosot akibat daripada gangguan emosi yang dialaminya sejak Sabtu lalu.

No comments: