Pages

Thursday, June 7, 2012

Malaysia turut alami Transit Zuhrah terakhir abad ini

Malaysia turut alami Transit Zuhrah terakhir abad ini - Nasional - Sinar Harian:

Malaysia turut alami Transit Zuhrah terakhir abad ini
Fenomena Transit Zuhrah melintasi Matahari yang disaksikan di Quito, Ecuador. - Foto EPA
KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan planet Zuhrah melintasi matahari - dikenali sebagai Transit Zuhrah yang terakhir abad ini, fenomena yang hanya boleh dilihat 100 tahun akan datang.

Menurut Pegawai Penyelidik Agensi Angkasa Negara, Lau Chen Chen, Transit Zuhrah kali ini bermula jam 6.09 pagi tadi, ia berada di fasa maksimum pada jam 9.29 pagi dan berakhir jam 12.49 tengah hari.

Fenomena ini juga disaksikan di seluruh dunia, lapor media asing.

"Penduduk di sekitar Sabah bernasib baik kerana dapat menyaksikan keseluruhan fasa Transit Zuhrah ini kerana matahari terbit sebelum transit bermula," katanya pada sesi penerangan Transit Zuhrah di sini, pagi ini.

Jelas beliau, orang ramai dilarang melihat matahari secara terus tanpa penuras yang selamat kerana boleh menyebabkan kerosakan pada mata atau boleh mengakibatkan buta.

Bersempena dengan itu, Planetarium Negara  menyediakan sembilan teleskop dan sebuah solarskop bagi kegunaan orang  ramai melihat keajaiban alam ini.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) turut bekerjasama dengan Unit Falak Pahang dan Falak Online dengan mengambil imej fasa-fasa Transit Zuhrah dari tempat masing-masing dan memuat naik secara langsung ke laman Facebook Malaysia Lunar Eclipse.

Dalam pada itu, seorang pengunjung, Yusman Daud, 45 berkata, dia datang untuk menyaksikan Transit Zuhrah kerana minat yang amat mendalam dalam bidang astronomi dan bagi menanam minat anak-anaknya menghayati kebesaran Tuhan dengan menyaksikan fenomena hari ini, yang jarang-jarang berlaku.

Latifah Maisarah Yusman, 16, seorang pelajar pula berkata, peluang menyaksikan Transit Zuhrah jarang dapat dilihat.

"Jadi saya tidak mahu ketinggalan melihat fenomena ini di samping menambah ilmu pengetahuan," katanya lagi.

'via Blog this'

No comments: