Pages

Thursday, June 7, 2012

Sekatan tak jejas Iran

myMetro | Sekatan tak jejas Iran:

BEIJING: Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov berkata, sekatan selanjutnya ke atas Iran tidak akan mendatangkan hasil.
“Sekatan tambahan terhadap Iran sama sekali tidak akan mendatangkan hasil. Sekatan sudahpun dilaksanakan bukan saja oleh Majlis Keselamatan tetapi juga oleh beberapa negara,” kata Lavrov kepada wartawan di ibu negara China ini.

Beliau berada di Beijing kerana mengiringi Presiden Vladimir Putin yang melakukan lawatan rasmi ke negara itu.
Putin mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya dari China, Hu Jintao. Beliau juga akan mengadakan perbincangan dengan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad.

Mesyuarat itu diadakan ketika Russia bersiap sedia untuk menjadi tuan rumah rundingan terbaru antara kuasa dunia dengan Iran dalam usaha untuk mencari penyelesaian diplomatik berhubung program nuklear Iran pada 18 dan 19 Jun ini.

Perbincangan di Moscow menyusuli rundingan di Baghdad bulan lalu yang dihadiri oleh enam negara kuasa dunia - Amerika Syarikat, Britain, Perancis, China, Russia dan Jerman dengan perunding Teheran mengenai aktiviti pengayaan uranium Iran.
Barat yakin Iran berusaha menghasilkan bom atom menerusi program nuklear yang didakwa negara itu bertujuan untuk keamanan.

Russia dan China sebelum ini menolak sekatan Barat terhadap industri minyak Iran. China ialah antara pembeli terbesar minyak Iran.
Rundingan dengan Mahmoud adalah yang pertama oleh Putin sejak beliau menjadi Presiden semula baru-baru ini, setelah empat tahun menjadi Perdana Menteri. - AFP

'via Blog this'

No comments: