Pages

Saturday, June 30, 2012

Mursi berarak dengan rakyat




         
KAHERAH: Presiden Mesir, Dr Mohamed Mursi Isa al-Ayyat, dijadual menyampaikan ucapan kepada rakyat negara itu dari Dataran Tahrir semalam, sehari sebelum mengangkat sumpah jawatannya.

Agensi berita Mena, melaporkan Mohamed Mursi akan mengambil bahagian dalam perarakan bersama jutaan warga Mesir di Dataran Tahrir dan di seluruh negara. Mena berkata, presiden akan menyampaikan ucapan kepada rakyat negara itu mengenai “program kelahiran semula Mesir.” Ikhwan Muslimin menyeru diadakan demonstrasi besar-besaran di Dataran Tahrir semalam dengan tema “Hari Peralihan Kuasa.” Mohamed Mursi dijadual mengangkat sumpah di Mahkamah Perlembagaan pada jam 5 petang (waktu Malaysia) hari ini.


Beliau kemudian akan ke Universiti Kaherah bagi meraikan pelantikan itu sebelum menyampaikan ucapan sulung sebagai presiden. Media pula menyatakan, Mohamed Mursi mendapatkan pandangan pelbagai pihak sebelum melantik perdana mentri dan anggota Kabinetnya yang diisi sebahagian besar ahli teknokrat. - AFP

No comments: