Pages

Wednesday, May 16, 2012

Tahanan Palestin setuju akhiri mogok lapar

myMetro | Tahanan Palestin setuju akhiri mogok lapar:

 "RAMALLAH: Tahanan Palestin yang mogok lapar bersetuju untuk menamatkan tindakan mereka semalam selepas Israel berjanji untuk meningkatkan keadaan di penjara.

“Semua pihak menandatangani perjanjian untuk mengakhiri mogok itu,” kata Qadura Fares, Ketua Kelab Tahanan Palestin kepada wartawan selepas rundingan beberapa jam antara pegawai penjara dengan tahanan kanan di Penjara Ashkelon.

Jurucakap Perkhidmatan Penjara Israel, Sivan Weizman mengesahkan kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Anggota Jihad Islam, Bilal Diab dan Thaer Halahla yang tidak makan sejak 76 hari lalu, juga bersetuju menamatkan mogok mereka. - AFP"

'via Blog this'

No comments: