JAKARTA - Polis Indonesia semalam enggan membenarkan penyanyi terkenal, Lady Gaga mengadakan persembahan di sini.
Keputusan itu dibuat selepas beberapa kumpulan Islam berikrar untuk menggerakkan ribuan penyokong masing-masing untuk menghalang konsert tersebut.
Menurut jurucakap Polis Nasional Indonesia, Saud Usman Nasution, konsert Lady Gaga yang dijadualkan diadakan pada 3 Jun depan akan dibatalkan.
"Kami tidak akan mengeluarkan permit untuk konsert Lady Gaga di Jakarta," katanya.
Sebelum ini Barisan Pertahanan Islam (BPI) melancarkan bantahan di Jakarta yang berikrar menghalang penyanyi itu menjejakkan kaki di sini.
"Kami amat gembira apabila polis menghalang pemusnah moral itu (Lady Gaga) daripada datang ke negara ini.
"Sudah tentu kami menentangnya, dia hanya memakai seluar dalam dan coli," kata Pengerusi BPI Jakarta, Habib Salim Alatas.
Menurut Habib, Lady Gaga amat berbahaya kepada generasi muda Indonesia kerana dia pernah menyatakan dirinya utusan syaitan.
Pasukan Pembela Muslim juga pernah mendesak polis supaya membatalkan konsert itu bagi mengelak konflik antara kumpulan Islam dengan para peminat Lady Gaga.
Para peminat penyanyi penyanyi tersebut mewujudkan akaun #IndonesiaSavesGaga di laman Twitter bagi meminta polis menarik kembali keputusan tersebut.
Penganjur konsert itu, Big Daddy Productions sudah menjual lebih 50,000 tiket.
Namun, ia enggan mengesahkan sama ada konsert Born This Way Ball itu telah dibatalkan secara rasmi.
Penyanyi itu dijadualkan membuat persembahan di Stadium Gelora Bung Karno.
Seorang pemegang tiket itu, Mariska Renata menyatakan dia berasa amat kecewa tentang pekembangan tersebut.
"Kami telah matang untuk memezakan antara nilai-niali moral dengan seni dan budaya," katanya.
Konsert Lady Gaga di Asia bermula sejak bulan lalu.
Sementara itu, penyanyi tersebut melawat menara Tokyo Sky Tree setinggi 634 meter di Tokyo, Jepun semalam. - Agensi
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment