Pages

Wednesday, May 16, 2012

Mogok lapar Palestin berakhir

Berita Harian Online | Mogok lapar Palestin berakhir:
RAMALLAH: Beribu-ribu penduduk Palestin di Tebing Barat dan Gaza semalam keluar menyambut meriah langkah Israel memberi layanan lebih baik membolehkan tahanan Palestin sekali gus menamatkan mogok lapar mereka selain mengingati ‘malapetaka’ apabila Israel diasaskan pada 1948 atau ‘Nakba’. 

Israel kini bersetuju membenarkan anggota keluarga melawat tahanan Palestin dan cuba mengelak menahan penduduk tanpa didakwa. Sebagai tukaran, kumpulan pejuang Palestin memberhentikan serangan.
Nasib tahanan itu adalah satu perkara sensitif kepada penduduk Palestin kerana hampir semua mereka mengenali jiran atau saudara yang pernah dipenjara Israel. Beratus-ratus warga Palestin keluar di dua kota utama itu sambil membawa gambar anggota keluarga yang ditahan Israel.

Beribu-ribu lagi melakukan tunjuk perasaan di bandaraya selatan Hebron yang bertukar menjadi laut merah, putih, hitam dan hijau dengan bendera Palestin dengan mereka meraikan kejayaan menamatkan mogok lapar. 

Di Gaza, penduduk Palestin menjerit ‘Allahu Akbar’ dan ‘Alhamdulillah’ menggunakan pembesar suara ketika menyambut persetujuan antara tahanan dan pihak berkuasa penjara Israel. 

Selain mengibar bendera, mereka juga mengedarkan manisan dan ada yang melakukan sujud syukur. 
Perjanjian itu menamarkan salah satu bantahan terbesar tahanan Palestin apabila dua lelaki memulakan mogok lapar pada 28 Februari lalu dan tidak makan selama 77 hari, mogok lapar paling lama. 

Selain itu, 1,600 tahanan Palestin lain, lebih sepertiga daripada bilangan tahanan dan menyertai mogok itu pada 17 April lalu yang berlangsung selama 27 hari. 

“Tahanan membuktikan kepada dunia bahawa perut kosong adalah lebih kuat daripada mana-mana pemerintah atau penindas,” kata jurucakap kerajaan Gaza, Fawzi Barhoum. 

Kemeriahan juga dibantu sambutan ‘Nakba’. Tarikh 15 Mei adalah detik penduduk Palestin mengingati ‘malapetaka’ apabila beratus ribu lari atau diusir dari kediaman oleh pengganas Israel. 

Siren kuat dibunyikan di seluruh bandaraya Ramallah pada waktu tengahari menandakan ulang tahun di mana penduduk meraikannya dengan senyap selama satu minit menjelang perarakan besar di ‘Clock Square.’ 

Di seluruh bandar itu, kereta mengibarkan bendera hitam membawa gambar satu kunci dan perkataan ‘kembali’ dalam bahasa Inggeris dan Arab untuk mengingati rumah yang ditinggalkan mereka atau dipaksa ditinggalkan dan kini menjadi sebahagian Israel.– AFP
'via Blog this'

No comments: