Wednesday, May 16, 2012
Pahala solat berjemaah..
Rasulullah s.a.w. bersabda: Sembahyang berjemaah itu lebih baik daripada mendirikan sembahyang secara bersendirian sebanyak dua puluh tujuh (27) darjat iaitu ganjaran.( Riwayat Bukhari dan Muslim )
Dalam hadis-hadis yang lain terdapat juga pendapat yang mengatakan sembahyang berjemaah itu lebih baik dari sembahyang bersendirian sebanyak 20, 25 kali ganda, 50 kali ganda.
Sabda Rasulullah s.a.w.: Sembahyang seseorang dalam berjamaah melebihi sembahyang bersendirian, samada di rumahnya ataupun di pasar dengan 20 darjat. (HR Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah).
Sabda Rasulullah s.a.w.: Sembahyang berjamaah menyamai 25 sembahyang, maka apabila seseorang itu bersembahyang di tanah lapang yang luas, lalu dia menyempurnakan rukuknya dan sujudnya, nescaya ia dapat menyamai sampai 50 sembahyang. (HR Abu Daud dari Abu Sa’id al-Khudri)
Pahala makmum yang sembahyang betul-betul dibelakang imam ialah 100 kali ganda sembahyang bersendirian. Pahala makmum yang sembahyang di sebelah kanan imam ialah 75 kali ganda sembahyang bersendirian. Pahala makmum yang sembahyang di sebelah kiri imam ialah 50 kali ganda sembahyang bersendirian. (Mereka ini hendaklah yang cukup umur dan faham hukum) Lain-lain makmum 25 kali ganda.
Sembahyang berjemaah di tempat terbuka misalnya di padang mendapat pahala 50 kali ganda sembahyang bersendirian. Ia merupakan satu dakwah dalam bentuk perbuatan.
Sabda Rasulullah s.a.w.: Sembahyang berjamaah menyamai 25 sembahyang, maka apabila seseorang itu bersembahyang di tanah lapang yang luas, lalu dia menyempurnakan rukuknya dan sujudnya, nescaya ia dapat menyamai sampai 50 sembahyang. (HR Abu Daud dari Abu Sa’id al-Khudri)
Manakala sembahyang berjemaah di atas bukit pula diberikan pengampunan dosa.
http://nasbunnuraini.wordpress.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment