Pages

Wednesday, May 9, 2012

Rebombo: Dulu perogol, kini bela hak wanita

Rebombo: Dulu perogol, kini bela hak wanita - Global - Sinar Harian:

Rebombo: Dulu perogol, kini bela hak wanita
Dua dekad lalu Dumisani Rebombo merogol seorang budak perempuan selepas dicabar rakannya. Hari ini, dia insaf dan bertindak sebagai pembela hak kaum wanita. - Foto ihsan CNN
JOHANNESBURG - Dumisani Rebombo bukan seorang pembela wanita yang biasa. Dia sebenarnya seorang yang 'disabitkan' kerana kes rogol dan dua dekad selepas perbuatan kejam itu, dia memohon maaf dan insaf dengan perbuatannya.
Sebagai suspek muda yang perlu berada di mahkamah, Rebondo bercerita dengan CNN mengenai keganasan luar biasa, dan keazamannya untuk mengubah keadaan ini di negaranya sendiri - Afrika Selatan yang satu ketika dulu terkenal di mata dunia kerana dasar apartheid.
Dia melakukan perbuatan kejam seawal usianya 15 tahun apabila seorang budak lelaki di Blinkwater mengejeknya kerana tidak mempunyai teman wanita dan mencabar untuk membuktikan kelelakian dengan melakukan hubungan seks.
“Saya berasa sangat takut ketika itu kerana  sebelum itu tidak melakukan hubungan seks,” kata Rebombo.
Pada jam 5 petang, dia bertemu rakan-rakannya, minum arak dan mengambil marijuana.
Dia merogol seorang budak perempuan selepas rakannya membuat demikian dan merasa satu perasaan yang sangat teruk, rasa bersalah yang amat tinggi dan takut jika perkara ini diketahui oleh ibu bapanya. Tidak ada perkataan yang boleh digambarkan bagaimana kejamnya perkara yang dia lakukan.
Pihak polis di Afrika Selatan berkata, sebanyak 66,196 kejadian rogol berlaku antara 2010 hingga 2011 tetapi ramai yang percaya lebih banyak lagi kejadian berlaku tetapi tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa.
“Perempuan yang saya rogol itu tidak membuat sebarang laporan polis mengenai kejadian tersebut kerana takut berlaku kejadian yang tidak diingini dan tidak memberitahu sesiapa menyebabkan saya tidak berubah,” kata Rebombo.
Kajian Majlis Penyelidikan menunjukkan 28 peratus lelaki di Afrika Selatan dilaporkan pernah merogol, tiga suku ialah perogol kali pertama adalah seperti Rebombo.
Tahun demi tahun berlalu.  Rebombo menyertai organisasi kesaksamaan jantina. Hanya pada masa itu dia mula berfikir semula mengenai nasib perempuan yang pernah dirogolnya dan merasakan perlu bertindak sesuatu untuk membetulkan kesilapan lampau.
Dia mencari kembali perempuan itu lalu merancang satu pertemuan di klinik dan meminta maaf dan menyesali segala perbuatannya terhadap perempuan tersebut.
Perempuan itu juga menceritakan hidupnya berubah selepas kejadian malang tersebut. Dan, walaupun sudah berkahwin, kadangkala dia menangis apabila disentuh suami sendiri kerana trauma dengan apa yang pernah Rebombo lakukan.
“Saya rasa bersalah dan sangat malu dengan perbuatan diri saya sendiri apabila perempuan tersebut hidup dalam penderitaan,” kata Rebombo yang telah mendirikan rumah tangga. Dia kini tinggal di Mpupalanga, berhampiran bandar raya Durban.
Dia kini berkhidmat sebagai pengurusan kebangsaan bagi projek "One Man Can" kendalian Sonke Gendera Justice Network. Projek ini menggalakkan hubungan sihat antara kaum lelaki dan wanita.
Katanya lagi, dia cuba mengubah cara pemikiran manusia supaya lebih menghormati kaum wanita dan tindakan kejam seperti merogol mesti dihentikan dan sesiapa yang mengetahui kejadian ini mesti melakukan sesuatu, bukanlah berdiam diri.

* Sedutan daripada artikel dibawa CNN

No comments: