ORAYEN berpakaian seksi membawa dokumen untuk diserahkan kepada empat calon presiden ketika siaran langsung debat pilihan raya di televisyen Mexico semalam. |
Julia Orayen kejutkan penonton tampil seksi ketika bawa dokumen
BANDARAYA MEXICO: Perdebatan pertama Presiden Mexico tidak memberikan kemenangan kepada mana-mana calon apabila orang ramai lebih memberi tumpuan kepada model menggiurkan berpakaian gaun ketat yang tiba-tiba muncul di atas pentas tidak sampai 20 saat ketika acara rancak diadakan.
Julia Orayen yang pernah beraksi untuk majalah lucah Playboy muncul dengan berpakaian seksi Ahad lalu sambil membawa bekas dipenuhi kertas arahan yang perlu diperkatakan calon.
Tumpuan penonton segera beralih kepada Orayen yang memakai baju ketat berwarna putih, terbuka luas di bahagian depan mendedahkan lurah payudara. Imej itu disiarkan di muka depan akhbar dan laman web di negara itu.
“Calon terbaik ialah wanita berpakaian putih yang nampak jelas lurah payudara pada permulaan,” kata bekas Menteri Luar Mexico, Jorge Castaneda, dalam akaun Twitter.
Nama Orayen menjadi popular sepanjang hari itu di kalangan penduduk Mexico yang mempunyai akaun Twitter dan mendedahkan kerjanya sebelum ini termasuk imej separuh bogel ketika meraikan Hari Kemerdekaan negara itu.
Pengarah Institut Pilihan Raya Persekutuan, Alfredo Figueroa, yang bertanggungjawab mengatur debat itu menyalahkan kejadian berkenaan ke atas syarikat penerbitan yang diupah untuk membantu majlis itu. Institusi kemudian meminta maaf kepada rakyat Mexico dan calon kerana pakaian Orayen.
Figueroa memberitahu radio MVS dia membantu pembantu yang memakai pakaian sopan.
Ketika ditemubual rangkaian Cadena Tres TV, Orayen berkata, pasukan penerbit memberikan dia arahan memakai baju labuh berwarna putih, tetapi dia memilih pakaian yang dipakai pada majlis itu daripada koleksinya sendiri.
“Memang pilihan saya memakai baju labuh. Saya tidak rasa ia terlalu mendedahkan atau menyebabkan skandal ini. Saya dapati saya lebih cantik apabila memakai pakaian yang menutup tubuh,” katanya.
Sekurang-kurangnya seorang calon kelihatan melopong melihat punggung Orayen. Gabriel Quadri, yang tidak mendapat banyak sokongan sebagai calon parti Pakatan Baru, berkata penampilan Orayen membuatkan dia gementar.
“Mustahil untuk tidak memberikan perhatian kepada wanita yang begitu cantik,” katanya kepada radio MVS.
Itu satu-satunya perkara tidak diduga dalam perbahasan yang disifatkan penganalisis tidak memberikan impak kepada calon bertanding dalam pilihan raya itu.
Berjenaka dengan hos wanita dan karektor dalam rancangan televisyen yang memakai topeng gorila, Orayen berkata dia tidak selesa menjadi sensasi selama 17 saat, terutama selepas membaca kenyataan pedas mengenai pemilihan pakaiannya di Twitter dan Facebook.
“Ia bukan kejutan yang menggembirakan,” katanya.
Sementara itu, pihak berkuasa pilihan raya Mexico meminta maaf kepada pengundi kelmarin berikutan kemunculan Orayen dalam pakaian seksi. – AP
No comments:
Post a Comment