Pages

Wednesday, May 9, 2012

Dasar terhadap Islam tak berubah

Dasar terhadap Islam tak berubah - Global - Sinar Harian:


Dasar terhadap Islam tak berubah
Penyokong-penyokong Hollande bersorak riang selepas menerima pengumuman kemenangannya.
PARIS - Pengisytiharan pemimpin Parti Sosialis, Francois Hollande sebagai Presiden Perancis pada keputusan pusingan kedua pilihan raya Presiden tiga hari lalu, dianggap tidak memberi sebarang perubahan terhadap kebebasan masyarakat Islam di negara itu.
Hollande yang memenangi kerusi Presiden selepas menewaskan penyandang jawatan itu, Nicolas Sarkozy, mengisytiharkan sokongan larangan pemakaian burqa iaitu pengharaman pelajar Islam menutup aurat di sekolah.
Malah, Hollande turut berjanji untuk tidak membenarkan tempoh masa tertentu kepada pelajar wanita menggunakan kolam renang, mahupun penggunaan daging halal di sekolah seluruh Perancis.
Jelas sekali, pendirian pemimpin baru itu bercanggah dengan prinsip sekularisme atau prinsip neutral kerajaan dalam hal-hal keagamaan dan menunjukkan Hollande bersifat perkauman terhadap pendatang yang tidak akan diselesaikan, malah lebih memburukkan keadaan.
Disamping kekerasannya terhadap pendirian Islam, Hollande masih berada di garisan kecemasan dan harus mengeluarkan Perancis daripada belenggu kecaman bajet defisit sebanyak 4.5 peratus yang melibatkan keluaran dalam negara kasar (KDNK).
Hollande juga terpkasa mencari jalan penyelesaian terhadap hutang negara yang mencecah 90 peratus KDNK, malah menjerat Perancis ke dalam krisis ekonomi berpanjangan dalam dekad ini.
Masyarakat dunia khasnya Perancis, sedang menantikan perubahan yang dijanjikan Hollande ketika memancing undi sebelum ini iaitu bersumpah untuk menyeimbangkan bajet, mengurangkan kos buruh sekali gus memacu ekonomi kompetitif Perancis.

No comments: