Pages

Friday, February 17, 2012

Liga Arab sedia bekal senjata


  • Foto
    AKTIVIS anti pemerintah Syria, Khaled Abu Salah berdiri di depan api dan kepulan asap hitam di daerah Baba Amr, Homs, selepas saluran paip minyak dibom.
  • Foto
    PENDUDUK menunjukkan kertas pungutan suara cadangan Kerajaan Syria mengenai usaha merangka Perlembagaan baru yang diboikot pembangkang.


Foto
PENDUDUK menunjukkan kertas pungutan suara cadangan Kerajaan Syria mengenai usaha merangka Perlembagaan baru yang diboikot pembangkang.


Penentang Syria akan dibantu henti pertumpahan darah, singkir Bashar
BEIRUT: Liga Arab boleh memilih untuk membekalkan senjata kepada penentang rejim Syria selepas mesyuarat peringkat menteri pertubuhan itu bersetuju untuk tidak menolak sebarang langkah bagi menghentikan pertumpahan darah di negara itu.
“Majlis Menteri Liga Arab dalam mesyuarat baru-baru ini menetapkan negara Arab bersedia memberi semua bentuk sokongan politik dan keperluan lain kepada pembangkang,” kata sumber diplomatik kepada akhbar Al Hayat, semalam.
Draf Perlembagaan itu sekadar peralatan politik atau kertas dasar yang ditulis rejim zalim. - Jawatankuasa Penyelarasan Tempatan
Sumber itu berkata, kenyataan itu bermaksud Liga Arab boleh menghantar bantuan senjata kepada penentang Presiden Bashar al-Assad.

Sementara itu, pembangkang Syria menggesa pengundi memulaukan pungutan suara untuk Perlembagaan baru, ketika pemerhati berkata unit kereta perisai kerajaan membedil penunjuk perasaan di Homs dan Daraa, pusat bantahan sejak 11 bulan lalu.

Ketika tentera kerajaan menyerang Homs untuk hari ke-13 berturut-turut, empat maut di Daraa apabila pasukan keselamatan bertempur dengan pemberontak.
Bashar yang berikrar terus bertindak ke atas bantahan, kelmarin membenarkan undian diadakan pada 26 Februari berhubung piagam baru menamatkan pemerintahan satu parti hampir 50 tahun.
Amerika Syarikat pula menyifatkan langkah itu satu jenaka serta memperolok-olokkan revolusi Syria manakala Russia, pembekal senjata utama kepada Damsyik, mengalu-alukan tindakan itu.

Jawatankuasa Penyelarasan Tempatan, kumpulan aktivis pembangkang utama, menolak usaha merangka perlembagaan baru dan mendesak supaya penduduk memulaukannya selain meningkatkan usaha menyingkirkan Bashar.

“Draf Perlembagaan itu sekadar peralatan politik atau kertas dasar yang ditulis rejim zalim. Jawatankuasa Penyelarasan Tempatan menggesa rakyat menolak dan memulaukan pungutan suara untuk mengesahkan orang ramai tidak menyokong pemerintah,” katanya.

Di PARIS, pembangkang yang dikenali sebagai Majlis Nasional Syria bersetuju supaya pemimpin ketika ini Burhan Ghalioun akan terus kekal di tempatnya selama tiga bulan lagi, kata jurucakap kumpulan itu lewat kelmarin.

“Tugas Burhan Ghalioun dilanjutkan untuk tiga bulan lagi,” kata Basma Kodmani dari Doha. Peraturan majlis menuntut supaya pemimpinnya dipilih setiap tiga bulan.

Ghalioun berkhidmat sebagai pemimpin sejak kumpulan itu ditubuhkan Oktober tahun lalu untuk menentang Bashar.

Ghalioun yang juga ahli akademik kini tinggal dalam buangan di Perancis lebih 30 tahun. Pejuang nasionalis sayap kiri dilihat sebagai orang yang akan menyatukan puak dalam majlis itu dari Islam dan nasionalis kepada liberal dan bebas. – AFP/ Agensi Berita Harian Online | Liga Arab sedia bekal senjata:

'via Blog this'

No comments: