Pages

Friday, February 17, 2012

Jet Israel bedil balai polis Palestin


SEORANG pegawai polis memeriksa kerosakan yang berlaku di balai polis Al-Tofah di bandar Gaza akibat serangan jet tentera Israel semalam.


BANDAR GAZA - Jet-jet pejuang Israel membedil sebuah balai polis di Al-Tofah, Palestin dalam dua serangan udara semalam.
Menurut jurucakap tentera Israel, sebanyak dua serangan udara dilakukan di utara dan tengah Genting Gaza selepas satu serangan roket dilancarkan pejuang Palestin ke selatan negara Yahudi itu.
Dia berkata, serangan tersebut disasarkan di pusat-pusat aktiviti keganasan.
Menurut tentera Isarel, sejak permulaan tahun ini, kira-kira 20 serangan roket dilancarkan ke selatan Israel dari Gaza yang dikuasai pentadbiran pergerakan Hamas. - AgensiKosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

No comments: