Pages

Friday, February 17, 2012

Mayat bayi dalam tandas hospital

BUKIT MERTAJAM: “Mulanya saya nampak kesan darah dalam tandas, tetapi tidak mempedulikannya kerana mahu meneruskan kerja mencuci. Saya ke kolah dan terkejut apabila ada bayi di dalamnya,” kata seorang pekerja pembersihan yang menemui mayat bayi perempuan dalam tandas Wad Kanak-Kanak Hospital Bukit Mertajam (HBM), di sini, semalam.

Pekerja warga Indonesia itu memaklumkan penemuan itu kepada jururawat wad berkenaan.
Jururawat terbabit ke tandas berkenaan dan memeriksa keadaan bayi itu dan mendapatinya tidak bernyawa.

Difahamkan, hanya terdapat sedikit air dalam kolah berkenaan dan bayi perempuan ketika ditemui jam 12.30 tengah hari itu masih bertali pusat.


Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Superintendan Baharudin Mustapha berkata, bayi yang ditinggalkan dalam kolah itu dipercayai baru dilahirkan.


Menurutnya, ada saksi memaklumkan seorang wanita dalam keadaan pucat dan keletihan keluar dari tandas berkenaan jam 7.30 pagi.

Bagaimanapun saksi berkenaan tidak mengesyaki apa-apa sebelum kecoh mengenai penemuan mayat bayi dalam tandas itu.


Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

“Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematiannya,” katanya.

Bagaimanapun, Harian Metro difahamkan seorang wanita berusia 20-an ditahan semalam bagi membantu siasatan.

myMetro | Mayat bayi dalam tandas hospital:

'via Blog this'

No comments: