Pages

Monday, February 27, 2012

Kathy Ireland supermodel terkaya di dunia

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:



Kathy Ireland


LOS ANGELES 26 Feb. - Model terkenal, Kathy Ireland dinobatkan sebagai supermodel terkaya di dunia menewaskan model-model terkenal lain seperti Gisele Bündchen dan Cindy Crawford.

Dia menduduki tempat teratas daripada senarai sepuluhCelebrityNetWorth.com.

Ireland, 48, mengejutkan industri fesyen selepas diumumkan sebagai supermodel yang berpendapatan tinggi di dunia.

Satu senarai baru menunjukkan Ireland mencatat tempat pertama dengan memperolehi pendapatan kira-kira 222 juta pound (RM1.1 bilion) diikuti Gisele Bündchen dari Brazil dengan memperolehi 159 juta pound (RM760 juta).

Cindy Crawford dan Tyra Banks masing-masing menduduki tangga ketiga dan keempat dengan pendapatan masing-masing sebanyak 64 juta pound (RM306 juta) dan 57 juta paun (RM272.5 juta).

Selebriti lain seperti Christie Brinkley, Heidi Klum, Kate Moss, Naomi Campbell, Elle Macpherson dan Claudia Schiffer turut disenaraikan dalam carta CelebrityNetWorth.com.

Ireland muncul sebanyak 13 kali berturut-turut sebagai model baju renang bagi majalah Sports Illustrated sepanjang kerjayanya yang luar biasa.

Dia turut menjadi duta bagi lebih 15,000 produk di pasaran.

Sebelum ini, dalam satu temu bual Ireland mendedahkan rahsia kejayaannya.

"Saya terlibat dan sangat berminat dalam perniagaan sebelum bekerja sebagai model.

"Saya melihat kerjaya pemodelan sebagai satu cara menjimatkan wang bagi menyambung pelajaran ke kolej dan menyediakan modal untuk perniagaan," katanya. - AGENSI


'via Blog this'

No comments: