Pages

Monday, February 27, 2012

Tangan patah dipukul abang

myMetro | Tangan patah dipukul abang: HULU SELANGOR: Berang anak saudara lelakinya berusia lapan tahun dipukul bapa kanak-kanak terbabit, seorang lelaki memukul bapa kanak-kanak itu sehingga patah tangan kanan.

Difahamkan, lelaki warga emas berusia 52 tahun itu memukul adik lelakinya berusia 39 tahun yang juga bapa kanak-kanak berkenaan dari belakang.


Menurut sumber, dalam kejadian jam 8 malam kelmarin, mangsa dipercayai merotan anak lelakinya itu dengan tujuan memberi pengajaran dan mahu mendenda anaknya itu yang melakukan kesalahan ketika di rumah keluarganya di Rasa, dekat sini.

Katanya, mangsa patah tangan kanan dan bengkak di badan dibawa ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.


'via Blog this'

No comments: