Pages

Monday, February 27, 2012

Rumah persembunyian Osama diroboh

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:



Penduduk tempatan memerhati kerja-kerja merobohkan bangunan yang dipercayai menjadi tempat persembunyian osama di bandar Abbottabad oleh pasukan keselamatan pakistan, semalam. - AFP


PESHAWAR 26 Feb. - Pasukan keselamatan Pakistan, hari ini mula meruntuhkan rumah agam yang menjadi tempat persembunyian ketua al-Qaeda, Osama bin Laden yang dibunuh dalam serbuan tentera Amerika Syarikat (AS) di bandar Abbottabad pada Mei lalu.

Seorang pegawai polis yang enggan dikenali berkata, dua jentolak digunakan untuk meruntuhkan bangunan tersebut.

Seorang pegawai kanan pentadbiran berkata, tingkat atas bangunan tiga tingkat itu termasuk bilik Osama telah diruntuhkan.

''Kami berharap semuanya akan selesai esok,'' katanya.

Kawasan kediaman Osama selama beberapa tahun itu berada di bawah kawalan pasukan keselamatan Pakistan sejak ketua al-Qaeda itu dibunuh oleh komando tentera laut AS, SEAL dalam satu serbuan tanpa pengetahuan Islamabad.

Pegawai polis itu berkata, beliau boleh melihat habuk dan debu keluar dari bangunan itu.

''Polis dikerah untuk mengawal di luar kawasan bangunan tersebut, manakala tentera mengawal bahagian dalam,'' ujarnya.

Saksi berkata, tentera menghalang laluan masuk ke kawasan tersebut serta membawa masuk jentera berat.

Wartawan juga dilarang mengambil gambar atau mendekati kawasan berkenaan. - AFP


'via Blog this'

No comments: