Pages

Friday, January 13, 2012

Pengetua dan 6 pelajar pesantren didakwa lakukan keganasan



Seorang daripada pelajar Pesantren Umar Khatab diiringi polis semasa dibawa ke mahkamah di Jakarta atas tuduhan keganasan. - AGENSI


JAKARTA 12 Jan. - Pengetua pesantren, Umar bin Khatab di Bima, Nusa Tenggara Barat, Abrori M. Ali, semalam dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan keganasan selepas sekolah berasrama itu didakwa menjadi kilang membuat bom.

Pendakwa raya Bambang Suhardi memberitahu Mahkamah Daerah Tangerang, defendan didakwa memiliki bahan letupan dan mencetuskan keganasan, tuduhan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Julai lalu, seorang kakitangan pesantren maut dalam satu insiden letupan yang tidak disengajakan.

Kejadian itu berlaku sebulan selepas seorang pelajar pesantren tersebut menikam sehingga mati seorang anggota polis.

"Satu serbuan di sekolah itu menemui 27 bom buatan sendiri yang dipercayai digunakan untuk menyerang polis.

"Abrori merancang untuk melatih lima pelajar setiap bulan untuk menjadi pengebom berani mati," kata Suhardi.

Selain pengetua itu, enam yang lain semuanya pelajar turut dihadapkan ke mahkamah kerana 'melakukan aktiviti boleh mencetuskan keganasan' yang juga memperuntukkan hukuman mati.

Seorang daripada mereka, Syakban A. Rahman didakwa membunuh seorang anggota polis menggunakan pisau.

Polis tahun lalu berkata, pesantren itu mempunyai hubungan dengan guru agama radikal Abu Bakar Bashir, yang kini menjalani hukuman penjara sembilan tahun kerana membiayai kumpulan pengganas yang merancang serangan ke atas warga Barat dan ahli politik. - AFPUtusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments: