Pages

Friday, January 13, 2012

Boko Haram: Serangan memang wajar


ABUJA 12 Jan. - Pemimpin kumpulan radikal, Boko Haram di Nigeria, Abubakar Shekau mempertahankan serangan-serangan yang dilancarkan kumpulannya di utara negara ini menerusi satu video yang disiarkan semalam.

Dalam video yang dimuat naik di YouTube itu, Shekau dilihat memakai jubah putih, jaket kalis peluru dan berserban.

"Kerajaan tidak akan dapat menumpaskan Boko Haram. Semua serangan itu memang wajar dilancarkan," katanya.

Kumpulan itu yang mula aktif sejak 10 tahun lalu, menggandakan kempen serangannya beberapa minggu kebelakangan ini, meragut sekurang-kurangnya 50 nyawa sejak Krismas lalu apabila beberapa serangan bom serentak menggegar gereja-gereja di seluruh negara ini.

Kelmarin, lapan maut dalam satu serangan di sebuah bar di bandar Yobe, timur laut Nigeria.

Tiada pihak tampil bertanggungjawab di atas serangan tersebut, tetapi sumber polis berkata, ia mungkin didalangi pihak yang mempunyai kaitan dengan Boko Haram.

Sementara itu, Palang Merah Nigeria semalam berkata, seramai 8,000 penduduk di selatan negara ini telah meninggalkan kota purba Benin, selepas satu serangan di sebuah masjid mengorbankan lima orang kelmarin.

Bahagian selatan Nigeria didominasi penduduk Kristian sementara masyarakat Islam merupakan penduduk majoriti di bahagian utara negara ini.

Boko Haram sebelum ini menggesa kerajaan menguatkuasakan pelaksanaan undang-undang Syariah di Nigeria. - DPAUtusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments: