Pages

Friday, January 13, 2012

2 kapal perang AS ke Teluk

WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat berkata semalam, kapal pengangkut pesawat barunya sudah berada di Laut Arab dan sebuah kapal lagi kini dalam pelayaran menuju ke rantau berkenaan.
Ia bagaimanapun menafikan perkembangan itu ada hubungan dengan ketegangan dengan Iran baru-baru ini, sebaliknya mendakwa ia pergerakan rutin.

Peralihan dalam aset tentera laut Amerika Syarikat itu dilakukan ketika ketegangan dengan Iran semakin meningkat.
Minggu lalu, Iran mengancam menutup Selat Hormuz, laluan pengangkutan minyak menerusi jalan laut paling penting, jika sekatan Amerika dan Kesatuan Eropah berhubung program nuklearnya menyebabkan eksport minyaknya terhenti.

Amerika Syarikat berkata ia akan bertindak jika selat berkenaan ditutup.

Pegawai tentera Amerika berkata, USS Carl Vinson tiba di Laut Arab kelmarin untuk menggantikan USS John C Stennis yang diberi amaran oleh Iran supaya tidak kembali ke Teluk selepas meninggalkannya Disember lalu.
Stennis dijadual pulang ke pelabuhan markasnya di San Diego tetapi Pentagon tidak memberitahu bila.

Sebuah lagi kumpulan kapal pengangkut pesawat yang diketuai oleh USS Abraham Lincoln menamatkan lawatan ke Bangkok Selasa lalu dan kini berada di Lautan Hindi.
Ia dijual menyertai Vinson di kawasan Markas Pusat yang bermula di Laut Arab. - AFPmyMetro | 2 kapal perang AS ke Teluk:

'via Blog this'

No comments: