Pages

Friday, January 13, 2012

FPI mahu kerajaan haramkan alkohol

JAKARTA: Beratus-ratus anggota Front Pembela Islam (FPI) berhimpun di Jakarta semalam untuk menggesa kerajaan mengharamkan alkohol sebagai usaha untuk menjadikan negara keempat terbesar di dunia itu sebagai negara Islam.
Mereka membantah rancangan Kementerian Dalam Negeri untuk membatalkan undang-undang kecil anti alkohol di beberapa tempat di Indonesia atas alasan yang ia bercanggah dengan Undang-undang Syariah.
Sebahagian daripada penunjuk perasaan yang membantah di dataran utama di hadapan kementerian itu, memakai jubah putih bertulis “Mujahidin.”
Penyelaras FPI, Awit Mashuri berkata, “Presiden Susilo Bambang Yodhoyono perlu mengeluarkan dikri mengharamkan minuman keras dan mengurangkan pengagihan alkohol di Indonesia kepada sifar peratus.” - Jakarta PostmyMetro | FPI mahu kerajaan haramkan alkohol:

'via Blog this'

No comments: