Pages

Wednesday, December 21, 2011

Kena kanser usia 26 tahun

GAMBAR fail pada 2000 menunjukkan Ekvall bersaing merebut gelaran Miss Venezuela di Caracas.
GAMBAR fail pada 2000 menunjukkan Ekvall
bersaing merebut gelaran
Miss Venezuela di Caracas.
 

Bekas ratu cantik Venezuela meninggal 2 tahun kemudian

CARACAS: Bekas ratu cantik Venezuela, Eva Ekvall, meninggal dunia akibat kanser payudara pada usia 28 tahun.
Ibu seorang anak itu menghembuskan nafas terakhir Sabtu lalu di sebuah hospital di Houstan, Texas, selepas dua tahun bergelut dengan penyakit itu, kata keluarganya.
Terkenal ketika remaja dengan kecantikannya, Ekvall kemudian menjadi seorang pembaca berita, penulis dan penyokong badan kebajikan kanser hebat di negara asalnya.

Bapa Ekvall berasal dari Amerika dan ibunya dari Jamaica. Beliau bekerja di sebuah kedai pakaian di Caracas apabila ditawarkan kerja oleh ejen agensi model.

“Bagi saya, tawaran itu tidak masuk akal,” katanya kepada akhbar The Guardian, Februari lalu. “Saya fikir ia tawaran yang tidak munasabah kerana berat badan saya yang berlebihan. Saya tidak boleh menjadi seorang model.

“Namun, pada satu hari saya dipecat daripada kerja dan saya terus naiki teksi ke agensi model terbabit. Sebaik saja mereka melihat saya, mereka kata sudah memiliki calon Miss Venezuela berikutnya.”
Pada usia 17 tahun, Ekvall dimahkotakan Miss Venezuela pada 2000. Tahun berikutnya, beliau mendapat tempat keempat dalam pertandingan Miss Universe di Puerto Rico.

Graduan kewartawanan itu seterusnya menjadi seorang model, aktres dan pembaca berita untuk Venevision.

Beliau dikenal pasti menghidap kanser payudara tahap akhir pada Februari 2010 dan menjalani rawatan selama lapan bulan termasuk kemoterapi, radiasi dan pembedahan membuang payudaranya.

Beliau menyedari ada ketulan pada payudara beberapa bulan sebelum itu namun berpendapat tubuhnya mengalami perubahan akibat hamil.

“Saya amat marah kerana saya sepatutnya tahu perkara itu. Ibu saudara saya diserang kanser payudara dua kali dan nenek saya meninggal akibat kanser sama. Saya pula tidak berbuat apa-apa.”

Dengan potret dirakam jurugambar Roberto Mata, beliau menulis buku Fuera de Foco atau Our of Focus, untuk menceritakan usahanya menghadapi kanser. – Agensi Berita Harian Online | Kena kanser usia 26 tahun:

'via Blog this'

No comments: