PENDUDUK kampung Cagayan De Oro yang dilanda banjir cuba menyelamatkan kenderaan ketika angka korban bah meningkat. |
Banjir akibat taufan ragut 957 nyawa
ILIGAN: Presiden Filipina, Benigno Aquino, mengisytiharkan bencana melanda negara semalam selepas banjir kilat dan tanah runtuh disebabkan taufan mengorbankan hampir 1,000 penduduk selain menyebabkan puluhan ribu kehilangan tempat tinggal.
Agensi bencana negara itu berkata, 957 penduduk terkorban dan 49 hilang, dengan kebanyakan kematian membabitkan bandar Cagayan de Oro, Mindanao.
“Paling utama memindahkan penduduk ke kawasan yang tidak memberi bahaya,” kata Benigno.
Dalam mesyuarat dengan pihak berkuasa di Cagayan de Oro, beliau juga berazam untuk menghalang tragedi sama berulang.
Agensi bencana itu memberitahu, lebih 338,000 penduduk di 13 wilayah terjejas akibat bencana itu, dengan hampir 43,000 masih berada di pusat pemindahan.
Lebih 10,000 rumah rosak akibat Taufan Washi dan banjir kilat, hampir satu pertiga musnah sepenuhnya.
Kebanyakan sekolah, jalan dan jambatan turut rosak teruk. Jurucakap Benigno, Ricky Carandang, berkata pengisytiharan bencana negara akan membenarkan kerajaan untuk capaian dana lebih besar bagi bantuan dan pemulihan.
Cagayan de Oro dan Iligan masih berusaha menghalang penyebaran penyakit di pusat pemindahan penuh sesak dan mula menggali kubur untuk menanam mayat yang mula reput.
Seorang pegawai bantuan dan organisasi perkembangan Kristian berpusat di Britain, World Vision berkata penduduk berebut mendapatkan tempat di pusat pemindahan itu.
“Ia begitu sesak, hampir tiada ruang lagi untuk mangsa lain,” kata pegawai kumpulan John Salva kepada televisyen ANC.
“Penyakit mula muncul. Ia benar-benar satu pergelutan untuk menguruskan pusat pemindahan itu, bekalan air pula tidak mencukupi, begitu juga makanan,” katanya.
Rumah mayat tidak berupaya menampung jumlah mayat dan pihak berkuasa mula menggali kubur untuk menanam mangsa.
Biro Perlombongan dan Geosains kerajaan (MGB) memberi amaran kepada pihak berkuasa di kawasan itu tahun lalu mengenai keperluan memindahkan keluarga yang tinggal di tebing sungai yang melimpah selepas jumlah hujan selama sebulan turun hujung minggu lalu.
“Tragedi di Cagayan de Oro akan berulang. Justeru, ada keperluan membuat persediaan wajar bagi mengelak lebih ramai mati,” kata Leo Jasareno, pemangku pengarah MGB dalam temuramah televisyen. – Reuters Berita Harian Online | Benigno Aquino isytihar bencana:
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment