Pages

Friday, November 18, 2011

Obama kepada China: AS adalah kuasa Pasifik

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:


CANBERRA 17 Nov. - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama semalam berikrar akan meluaskan pengaruh AS di Asia Pasifik dan 'menonjolkan kuasa serta menangkis ancaman terhadap keamanan' di rantau ini sekalipun beliau sedang mengurangkan bajet pertahanan dan menamatkan pembabitan tentera AS di Iraq dan Afghanistan.

Ikrar tersebut membayangkan keazaman Obama untuk mengimbangi kebangkitan China.

"AS ialah sebuah kuasa Pasifik dan kami akan kekal di sini," katanya semasa berucap di Parlimen Australia semalam, dalam mesej yang jelas ditujukan kepada Beijing.

Pendirian tegas itu disuarakan beberapa jam selepas Obama mengumumkan beliau akan menghantar pesawat udara tentera dan 2,500 askar marin AS ke utara Australia untuk mengendalikan hab latihan bagi membantu sekutu dan melindungi kepentingan Amerika di seluruh Asia.

Beliau mengisytiharkan AS tidak takut dengan China, negara terbesar dan terkuat di rantau ini.

Beijing terus mempersoalkan langkah AS itu, yang dianggapnya wajar dikaji lebih lanjut.

Sambil menekankan kehadiran AS di rantau Asia Pasifik adalah keutamaan pentadbiran beliau, Obama berkata, sebarang pengurangan dalam bajet pertahanan AS tidak akan berlaku dengan menjejaskan matlamat itu.

"Jangan diragui lagi, di Asia Pasifik pada abad ke-21, AS akan memainkan peranan dari segala aspek," kata beliau.

Bagi Obama, Asia bukan sahaja menimbulkan cabaran keselamatan tetapi juga membuka peluang ekonomi. - Agensi


'via Blog this'

No comments: