Pages

Friday, November 18, 2011

Bashar diberi tempoh 3 hari

myMetro | Bashar diberi tempoh 3 hari: RABAT: Pemimpin Arab semalam memberi Syria tempoh tiga hari untuk menamatkan pertumpahan darah terhadap kempen antikerajaan.

Dilaporkan sehingga kini mengorbankan lebih 3,500 nyawa, konflik di Syria juga mendorong Maghribi memanggil pulang diplomatnya selepas kedutaan negara itu dan Emiriah Arab Bersatu diserang penyokong Presiden Bashar al-Assad.


Amaran berkenaan dikeluarkan ketika tentera yang berpaling tadah menyerang pangkalan tentera, sekali gus membayangkan kebangkitan rakyat Syria menentang Bashar semakin meluas.

Liga Arab menyatakan rasa hilang sabar mereka dan memberi tempoh Bashar tiga hari bagi menamatkan kempen berdarah di negaranya.


Perdana Menteri Qatar, Sheikh Hamad Jassem al-Thani, berkata jika Damsyik gagal bekerjasama, sekatan akan dikenakan ke atas Syria.



Katanya, pemimpin Arab kini hampir hilang sabar dengan sikap Damsyik.

“Kerajaan Syria mesti menerima keputusan Liga Arab dan menamatkan pertumpahan darah di negara itu.


“Kami bukan campur tangan dalam hal ehwal dalaman Syria, tetapi keganasan itu mesti ditamatkan,” katanya.

Dalam kenyataan dikeluarkan selepas forum kerjasama Turki - Arab, menteri Liga Arab juga menyatakan penegasan “menentang sebarang campur tangan asing” tetapi kini adalah masa untuk mengenakan langkah segera.


“Forum mengisytiharkan betapa perlunya nyawa orang awam Syria dilindungi daripada keganasan dan pembunuhan,” kata kenyataan itu. - AFP


'via Blog this'

No comments: