Pages

Sunday, June 12, 2011

Paras radiasi lebihi had dikesan pada produk teh di Shizuoka

TOKYO: Pihak berkuasa Jepun telah mengesan radiasi pada paras melebihi had yang dibenarkan oleh undang-undang pada produk teh yang ditanam di Shizuoka, pusat perusahaan teh hijau Jepun, kata para pegawai, semalam, sambil menuding jari ke arah loji nuklear Fukushima yang dijejas kejadian gempa dan tsunami pada Mac lalu.

Sebuah syarikat teh di sana mula memanggil balik produk teh keringnya selepas ia menunjukkan bacaan bahan sesium sekitar 679 becquerel bagi setiap kilogram (Bq/kg) pada daun-duan teh di sebuah kilang teh di bandar Shizuoka, kata para pegawai wilayah.
Had bacaan radiasi yang dibenarkan undang-undang ialah pada paras 500 Bq/kg.Awal bulan ini, Jepun melarang pengiriman daun-daun teh hijau dari semua atau sebahagian daripada empat wilayah lain di sekitar Tokyo - Chiba, Ibaraki, Kanagawa dan Tochigi - selepas bahan radioaktif sesium ditemui pada paras melebihi had yang dibenarkan undang-undang ditemui dalam beberapa sampelnya.Wilayah Shizuoka akan menjalankan ujian sampel ke atas sekitar 100 lagi kilang teh lain di kawasan itu pada minggu depan, walaupun bahan sesiumnya adalah pada paras yang tidak mungkin menjejas kesihatan manusia, kata wilayah tersebut.Ia adalah pengesanan bahan radiasi yang pertama di atas paras had dibenarkan pada produk teh yang ditanam di wilayah Shizuoka, di barat laut Tokyo, kawasan sekitar 35,000 tan teh kering dihasilkan setiap tahun.'Kami percaya sumber radiasi itu adalah dari loji kuasa nuklear Fukushima,' kata seorang pegawai wilayah.Eksport teh hijau Jepun hampir terhenti disebabkan kekurangan tempahan, lapor akhbar Asahi Shimbun.Loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi, yang terletak kira-kira 220 kilometer ke timur laut Tokyo dan 360 kilometer dari Shizuoka, lumpuh akibat bencana alam yang berlaku pada Mac lalu.Sejak itu, kebocoran radiasi berlaku di loji berkenaan dan tersebar di udara, darat dan laut, manakala para jurutera berkata ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya lagi setengah tahun untuk menstabilkannya.Pemerintah pusat Jepun telah melaksanakan larangan ke atas pelbagai jenis sayur-sayuran dan produk tenusu dari beberapa bahagian wilayah Fukushima dan beberapa wilayah berdekatannya, serta melarang kegiatan perikanan di sekitaran kawasan loji tersebut. -- AFP.Cyberita Online Luar Negara

No comments: